Monday, 16 July 2012

The Climb ( fifth episode)



KEESOKKAN hari, aku, Adam dan Joey berkongsi raut wajah yang sama. Keruh, tidak bermaya dan lesu. Nampaknya Sam yang harus bertindak sebagai penyelidik hari ini. 
“ Apa kena dengan kau orang semua ni? Macam tengah patah hati je?” tanya Sam ketika kami berada di luar makmal sains kerana menunggu kedatangan Cikgu Noraida. Ketika itu kami berempat sedang bersila di sebelah longkang kecil yang kering.
Tanpa suara Adam mengeluarkan sepucuk sampul surat putih dari dalam buku nota sainsnya dan menghulurkan kepada Sam. Dengan muka yang tertanya-tanya Sam mengambil sampul surat itu lalu dibuka dan dibacanya.
‘ Adam, mummy percaya kamu mampu jaga diri kamu sendiri. Mummy dengan Daddy rasa kamu dah boleh hidup tanpa kami berdua. Buatlah apa yang terbaik untuk diri kamu.’
Salam, mummy dan daddy.’
Itulah  isi kandungan yang tercatat di kertas putih itu. Di dalam sampul surat itu juga terdapat kad atm yang ditinggalkan untuk Adam.
“ Kau Joey?” tanya Sam. Kami semua memandang Joey pula.  
“ Sebelum Subuh lagi dia orang dah pergi kerja. Aku tak sempat nak cakap apa-apa pun lagi. Dan.. duit belanja aku pun dia orang tak sediakan.” Pendek sahaja cerita Joey.
“ Kesian kau Adam, Joey. Mak ayah aku pulak, langsung tak bercakap dengan aku. Senang cerita, aku ni macam patung bernyawalah dekat rumah tu. Entahlah…” keluhku.
Serentak,kami semua mengeluh. “ Tak!”  suaraku yang terkuat tu memeranjatkan semua.
“ Apa yang tak?” tanya Adam hairan.
“ Kita tak boleh macam ni. Sekarang ni, kita ibaratkan tengah bermain tarik tali dengan dia orang. Kalau kita ikutkan cara dia orang kita akan kalah. Maknanya, kita kena lawan,” usulku.
“ Lawan? Macam mana? Mogok jugak?” tanya Joey dengan dahi yang berkerut hebat.
“ Kalau kita mogok jugak, dua tahun pun masalah ni tak selesai. Kita kena buktikan pada dia orang yang kita boleh,” balasku dengan semangatnya.
“ Boleh? Boleh apa?” Sam pula menyoal. Mungkin tertanya-tanya tentang usulku.
“ Kita kena buktikan yang kita dah pun pilih jalan yang betul. Macam yang Sir Muslim cakap, kita sepatutnya tojolkan bakat yang kita ada. Kita kena tunjukkan pada mereka kebolehan kita, supaya mereka percayakan kita. Kalau kita lembik macam ni, dia orang pun tak yakin pada kita. Satu cara yang terakhir, pertandingan ni penentunya. Kita tunjukkan yang The Climb patut diberi peluang. Faham?” tanyaku selepas bercakap panjang lebar.
“ Setuju!” jawab mereka bertiga. Hisy, aku tanya faham ke tidak lain pulak yang dijawabnya. Bermakna perjuangan kami belum sampai ke jalan mati lagi. Masih ada lagi lorong harapan yang terbentang luas di hadapan dan kami akan laluinya. Demi The Climb!

The Climb ( fourth episode)



SUDAH dua minggu, kami semua meneruskan latihan kami di Aman’s Jamming Studio yang terletak di pinggir bandar. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Selepas kami memainkan lagu Check Yes Juliet yang berirama agak keras, kami semua berhenti berehat dahulu. Sepanjang lagu itu disampaikan oleh kami, aku mengangkat tangan memberi tabik kepada Sam. Rupanya gadis cina yang pendiam ini mempunyai bakat yang sangat hebat dan memang tidak boleh disangkal lagi kehandalannya memain drum. Walaupun badanya kecik, tenaganya setanding lelaki.
Hari ini, entah kenapa aku begitu teruja untuk mendengar Sam mengalunkan lagu. Aku pasti, suaranya pasti lebih sedap dan layak untuk menjadi vokalis. Memandangkan dia lebih berminat untuk bermain drum, pastinya dia tidak dapat untuk menjadi vokalis.
“ Sam,” panggilku ketika Sam sedang memusing-musingkan kayu drum sambil membaca not lagu.
Dia mendongak dan mengangkat kening. Isyarat kepada soalan ‘ kenapa?’
“ Jom duet,” ajakku. Seperti yang kuduga, Sam akan terkejut dan cepat-cepat mengeleng. Pucat pula raut wajahnya.
“ Ala Sam, bukannya ada siapa-siapa pun dekat sini. Adam dengan Joey je. Macam tak biasa. Bolehlah. Sekali aje. The first and the last time,” pujukku dengan suara yang dilembutkan.
Sam memuncungkan bibirnya. Seperti selalu, alasan yang Sam akan gunakan ialah, “ Siapa nak main drum?”  Jadi, sebelum Sam membuka mulut, aku pantas mencantas.
“ Adam akan main drum. Cepatlah. Jangan nak bagi alasan lagi,” gesaku.
Melihat Sam yang tidak mahu bangun itu, aku bertindak menghampirinya dan menarik tangannya bergerak menghammpiri mikrofon.
“ Adam and Joey, cepat. Do your work,” arahku sesuka hati. Kedua-dua anak muda itu hanya mengangkat bahu. Adam menyerahkan gitar yang digalasnya kepadaku sementara dia berjalan bergerak ke arah set drum.
“ Dian, lagu apa?” tanya Joey.
“ Just follow my note. Alah, nanti korang tahulah,” jawabku. Aku mengerling sekilas ke arah Sam.
“ Tunjukkan aku siapa diri kau yang sebenar Sam.” Sempat aku berbisik kepadanya.
Not-not lagu This Is Me dari Demi Lovato yang sedari dulu aku hafal aku mainkan semula. Lagu yang aku rasakan begitu sesuai dengan diri Sam. Dengan cekapnya juga, Adam dan Joey dapat menangkap lagu yang aku mainkan. Seiring dengan kord Am F C dan G, Sam mengalunkan baris yang pertama.
Betul telahanku, Sam begitu bersemangat mendendangkan lagu itu. Jelas kelihatan raut kepuasan di wajahnya. Seolah-olah dia baru sahaja melepaskan rasa hatinya.
Aku, Joey dan Adam bertepuk tangan sebagai rasa bangga atas keberanian Sam. Sam juga turut mengukirkan senyuman puas. Selepas itu, tidak semena-mena kami menangkap bunyi tepukan dari luar studio. Serentak, kami berpaling ke arah pintu studio. Kelihatan seorang wanita awal 40-an sedang berjalan ke arah kami. Melihat mata wanita itu yang sepet dan iras-iras Sam, terus aku dapat mengagak wanita itu adalah ibu Sam.
Sam kelihatan takut-takut untuk menghampiri wanita yang berpakaian mewah itu. Sama ada di leher atau di lengan, kedua-duanya sarat dengan rantai emas. Aku, Adama dan Joey memandang antara satu sama lain sambil mengangkat bahu. Rasanya kami semua tidak dapat meneka apa yang akan terjadi antara Sam dan ibunya. Tidak lama selepas itu kami semua mengeleng kepala apabila mereka mula bercakap dengan menggunakan bahasa mereka. Aduh, makin susah untuk kami memahaminya. Sudahnya kami mengambil tempat duduk sambil menongkat dagu melihat perbincangan dua beranak itu.
Hampir sepuluh minit juga kami menunggu ibu Sam untuk beredar. Setelah penantian itu berakhir, kami didatangi oleh Sam dengan senyum lebarnya. Walaupun Sam sedang tersenyum, kami semua masih tertanya-tanya. Tembok kesepian yang tercipta itu aku pecahkan dengan bertanyakan soalan kepada Sam.
“ Kenapa mak kau datang sini? Dan kenapa juga kau senyum sampai ke telinga ni? You make me wonderlah.”
“ Korang percaya tak yang my mom akan tanggung semua kos perbelanjaan kita untuk competition tu nanti?” beritahu Sam dengan terujanya.
Hampir terkeluar biji mata kami bertiga apabila mendengarnya. Satu khabar berita yang gembira dan pelik bagiku. Bukankah dahulu ibu Sam juga turut menghalang kami daripada menyertai pertandingan ini. Tup-tup hari ini dia pula yang ingin menjadi penaja utama. Memang menghairankan. Benakku mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Mungkin ini andalah rancangan mereka untuk menghentikan kami. Ataupun mereka sedang mengumpan kami.
“ Hoi!!” sergahan suara garau tepat disebelah telingaku merencatkan lamunanku. aku mula kembali ke alam nyata. Adam, Joey dan Sam semuanya begitu ceria dengan perkhabaran yang baru disampaikan oleh Sam kurang lima minit yang lalu.
“ My mom cakap, ada bagusnya juga aku join kau orang dalam pertandingan tu. Aku sekarang dah dapat banyak kawan. Aku bukan lagi Sam yang silent. Sekurang-kurangnya aku dah ada dunia yang baru dan dia akan sokong apa yang aku buat.” Sam bercerita tanpa disuruh.
“ Baguslah kalau macam tu. Mak kau dah terbuka hati nak terima keputusan aku. Tapi aku, Adam dengan Dian belum tentu lagi,” keluh Joey hampa.
“ Jangan bimbang, mak aku janji akan tolong pujuk dia orang semua. Korang nak tahu tak siapa yang pujuk mak aku?” tanya Sam.
Adam mendongak. “ Siapa?”
Sam tersenyum lebar. “  Sir Muslim. Dia yang datang jumpa mak aku dan cakap pasal prestasi kita. Sir cakap kita ada bakat yang tak sepatutnya dipendam. Apa lagi yang Sir Mus cakap aku tak ingat la pula. Esok kita pergi tanya dia.”
Tiba-tiba Adam dan Joey bertepuk tangan. “ Wah!! Sir Muslim memang terbaiklah. Tak sia-sia kita ikut cakap dia hari tu kan Dian? Dian? Hoi, apa yang kau menungkan tu? orang tengah seronok-seronok ni?” sergah Adam buat sekian kalinya.
“ Kau ni memang tak ada lesenlah. Cuba panggil elok-elok sikit!” marahku.
“ Ek eleh dia ni, emo pulak. Apa yang fikirkan ni? Macam ayam tengah berak kapur aje aku tengok muka kau ni?? Soal Adam prihatin. Suasana yang ceria tadi kembali hambar apabila kesemuanya sedang memandangku. Terasa bersalah pula kerana menghancurkan mood mereka.
“ Entahlah, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pulak. Rasa macam…”
“ Eh, budak-budak! Abang nak mintak tolong sikit.” Belum sempat dialogku habis, suara abang Man pula yang masuk ke pendengaran kami. Semuanya mengalihkan perhatian kepada abang Man yang sedang berjalan menghampiri.
“ Ada apa abang Man? Kelam-kabut semacam aje ni?” tanya Joey.
“ Abang nak minta tolong korang bawak balik gitar ni. Stor dah penuh, malam nanti ada orang nak guna bilik ni,” beritahu abang Man.
Kami semua terkejut. “ Er, boleh ke abang Man?” tanyaku ragu-ragu. Aku takut gitar ini akan dihancurkan oleh papaku kelak.
“ Alah, abang percayakan korang semua. Satu malam aje. Kalau kau orang sanggup, esok kau orang sewa bilik ni free. Okeh?” Abang Man cuba berunding.
Joey, aku dan Adam agak ragu-ragu. Sam bolehlah tersenyum, dia tidak perlu angkut drumnya untuk dibawa balik ke rumah.
“ Sam, simpan kat rumah kau ajelah. Mak bapak kau dah tak kisah,” cadang Joey. Lantas aku dan Adam mengangguk setuju.
“ Aku tak berani, aku ada adik kecik dekat rumah. Lagipun aku tak tahu nak jaga gitar. Nanti rosak lagi susah,” tolak Sam dengan gusarnya.
“ Kita tak ada pilihan. Okeylah abang Man. Tapi esok kita orang tak payah bayar sewakan?” tanyaku sekaligus memberikan persetujuan.
Joey dan Adam menurut. Abang Man tersenyum. Pastinya lega apabila masalahnya selesai.


SAMBIL menggalas beg gitar yang besar, perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam rumah.  Sunyi. Itulah yang dapat aku gambarkan tentang keadaan rumahku sekarang. Tanpa menoleh kiri kanan, aku cepat berjalan menuju ke tangga. Ingin menyembunyikan gitar ini daripada penglihatan kedua orang tuaku. Kata orang, sarang tebuan jangan dijolok!!
“ Baru balik Dian? Kenapa lambat?”
Aduh!! Rasanya itu suara mamaku. Alamak, hatiku mula berdetup selaju 120km/j. aku cuba menenangkan diri sebelum perlahan-lahan berpaling memandang pemilik suara. Ya, tekaanku benar. Dihadapanku kini, seorang ibu yang sedang tegak dengan raut wajah bagaikan seorang guru disiplin.
“ Ye. Tadi mak Sam lambat datang. Sebab tu Dian cepat-cepat nak naik atas, Dian belum solat asar lagi.” Satu alasan tercipta untuk menyelamatkan diri. Tercatat satu dosa.
“ Hm… Dah, pergi naik cepat sembahyang,” balas mama hambar dan terus berlalu pergi. Hampir bertaut keningku melihat sikap mama yang agak pelik pada pandanganku. Dia tak nampak ke beg gitar yang besar gedabak kat belakang aku ni? Ke mama tak tahu yang ni beg gitar? Banyak pula soalan yang berlegar-legar difikiran. Akhirnya aku angkat bahu dan menyambung langkah mendaki tangga. Kewajipan harus ditunaikan.
Di meja makan, aku bagaikan patung yang bernyawa.  Setiap patah perkataan  yang keluar dari mulutku langsung tidak mendapat tindak balas dari papa dan mama. Mereka sibuk melayan Kak Dayana dan Danny. Aku mula mengesyak sesuatu. Di dalam bilik ketika aku sibuk memtik gitar, papa sendiri memanggilku makan. Seperti mama, papa juga tidak menegur soal gitar yang berada di dalam bilik. Mungkinkah mereka sedang mogok kerana aku berkeras ingin menyertai pertandingan itu. Perasaan bersalah mula menghurung dada.

Saturday, 7 July 2012

The Climb ( Third episode)



MALAM sebegini, tidak akan ada aktiviti lain yang akan aku buat selain daripada terperap di dalam bilik belajar sambil menyiapkan kerja sekolah yang menimbun. Dengan sepasang earphone yang terselit di telinga, aku leka menulis satu persatu huruf di dalam buku nota sejarah sambil turut menyanyi lagu yang dimainkan melalui iPod kesayanganku. Kak Dayana dan Danny juga khusyuk menulis di meja masing-masing.
Dalam aku khusyuk menyanyi, terasa bahuku dicuit dari belakang. Terus earphone aku tanggalkan dari telinga dan memandang Danny di belakang.
“ Kenapa?” soalku dengan kening yang terangkat ke atas.
“ Tu, mama panggil akak. Mama tunggu dekat bawah,” jawab Danny.
“ Bila mama balik?” tanyaku kembali. Sedari aku balik sekolah tadi, kelibat kedua-dua orang tuaku langsung tidak kelihatan.
“ Dah lama dah. Akak aje yang tak dengar.” Danny menjawab sambil berjalan kembali ke mejanya.
Aku hanya mengangkat bahu lantas menutup buku nota dan buku teks. Earphone aku selitkan kembali ke lubang telinga sebelum aku berjalan keluar menuju ke ruang tamu di bawah. Sebaik sahaja kakiku sampai di anak tangga yang terakhir, bukan sahaja mama, papa juga turut berada di situ. Kedua-duanya merenungku dengan pandangan yang mengerunkan.
Tanpa dipelawa, aku melabuhkan punggung di atas sofa yang menghadap kedua-dua ibu bapaku. Earphone dan iPod aku simpan di dalam kocek seluar.
“ Dian balik dari sekolah pukul berapa tadi? Dengan siapa?” dua soalan sekaligus terpancul keluar dari papaku, Encik Dhaim.
“ Dalam pukul lima. Dengan kawan Dian, Sam,” jawabku.
“ Kenapa balik lambat? Ada kelas tambahan ke?” giliran mama pula yang bertanya.
Aku menelan liur. Perasaan tidak enak mula hadir di dalam hati. Adakah mereka tahu kegiatanku selama ini? Kebelakangkan ini, band The Climb sibuk berlatih untuk menyertai pertandingan muzik bulan hadapan. Hadiah yang ditawarkan memang lumayan iaitu, peluang untuk memasuki sekolah Muzik antarabangsa di Kuala Lumpur. Jadi, sudah semestinya kami tidak akan melepaskan peluang ini.
“ Dian, I’m asking you. Kenapa balik lambat sangat hari ni?” mama mengulang pertanyaannya yang tergendala tadi.
Aku menarik nafas. Sabar Dian, bawak bertenang. Sempat lagi aku membisikkan kata-kata semangat untuk diri sendiri.
“ Dian ada latihan persembahan dekat sekolah.” Akhirnya keluar juga jawapan dari mulutku.
“ Latihan persembahan untuk apa? Pertandingan muzik? Dengan band?” seperti machine gun, mama menyerangku dengan soalan-soalannya.
Aku rasa aku sudah tidak mampu untuk bersuara. Aku mengambil keputusan untuk mengangguk sahaja. Terdengar papa mendengus menahan marah. Mama pula masih merenungku tajam.
“ Diana Arisya, berapa kali mama nak cakap yang mama tak izinkan Dian masuk pertandingan macam tu? Kenapa Dian degil sangat ni? Susah sangat ke nak dengar cakap mama?” mama sudahpun berdiri di hadapanku.
“ Ma, pertandingan itukan sebahagian daripada aktiviti kokorikulum sekolah, salah ke kalau Dian nak turut serta sekali?” aku membidas soalan mama.
“ Dian jangan ingat mama dengan papa tak tahu. Sekolah Muzik Angtarabangsa KL yang anjurkan pertandingan tu. Dian join pertandingan sebab itukan? Sebab Dian nak masuk sekolah tu? Dian ingat mama dan papa akan izinkan Dian pergi?” kali ini papa pulak yang melontarkan pelurunya.
“ Ya, memang Dian join pertandingan tu. Tapi, kalau bukan Sekolah International tu yang ajurkan pun, Dian tetap akan masuk juga. Papa dengan mama nak tahu kenapa? Dian buat semua ni sebab Dian minat. Dian buat demi cita-cita Dian yang selama ni mama dan papa tak pernah nak faham.” Aku bersuara tegas. Sekarang bukan masanya untuk aku berdiam diri lagi. Aku juga punya hak untuk menentukan hala tuju hidupku.
Kedengaran mama dan papa mengeluh. Mereka yang tadinya berdiri, mengambil semula tempat duduk mereka di hadapanku.
“ Dian, kenapalah berkeras sangat nak jadi ahli muzik? Tak menjamin masa depan. Lagipun, apa pulak orang akan kata nanti? Mama dengan papa nak anak-anak kami warisi kejayaan kami. Lagipun, belum tentu Dian boleh berjaya kalau jadik ahli muzik. Apa sangatlah yang Dian boleh buat.” Suara mama mengendur. Mungkin ingin memujuk.
Aku tersenyum sinis. “ Kenapa pulak Dian nak peduli apa yang orang lain cakap? Dian buat semua ni untuk diri Dian sendiri, apa Dian nak jadik, apa yang bakal Dian hadapi, itu semua hal Dian. Tak ada orang lain yang akan terlibat pun.
Ma, Dian hidup bukan untuk dipandang tinggi, bukan untuk disanjung. Dian nak hidup bahagia. Dian akan bahagia kalau Dian dapat buat apa yang Dian nak. Tapi sekarang mama dengan papa pulak yang halang kebahagiaan Dian. Ini tak adil ma,” ujarku panjang lebar. Aku memandang penuh harapan wajah tua mama dan papa.
“ Papa buat semua ni untuk kepentingan Dian jugak. Sebagai orang tua, papa nak anak papa berjaya, ada kerja yang bagus. Semua inikan untuk masa depan Dian jugak?” tanya papa lembut.
Mujurlah mereka tahu bagaimana caranya untuk berdiplomasi dengan aku yang sememangnya keras kepala ini.
“ Bagi Dian, yang penting hati. Ada duit bertimbun pun, tak guna kalau hati tak senang. Siapa kata ahli muzik tak boleh berjaya? Habis tu, siapa Datuk M. Nasir? Datuk Ramli M.S, Tan Sri P. Ramlee? Bukan ke dia orang semua anak seni juga? Sampai sekarang dia orang dikenali. Bukan berjaya ke namanya tu?” aku melontarkan hujahku.
Mama dan papa terdiam. Aku menarik nafas lega, mungkin kali ini hati mereka akan terbuka. Suasana yang senyap sunyi itu terus berterusan sehinggalah mama dan papa mengangkat kaki dan menuju ke bilik mereka. Aku bersandar lemah di sofa yang hampir-hampir boleh menelan diriku itu. Empuk sungguh. Terasa ringan segala beban di kepala selama ini.

PAGI yang  aku sangkakan indah itu, rupa-rupanya tersembunyi satu tragedi. Belum sempat peluh yang merenik di dahi akibat mendaki tangga itu kering, Sam sudah terkocoh-kocoh mengajakku ke bilik muzik. Perasaan penat dan hairan bertukar menjadi perasaan yang dinamakan kecewa apabila bilik muzik itu telah ditutup oleh pihak sekolah. Yang lebih mengejutkan lagi, ibu bapa ku yang bersepakat dengan orang tua Adam, Joey dan juga Sam untuk menukar bilik itu kepada sebuah perpustakaan dan bilik komputer.
Walaupun kedengaran agak mustahil, tapi bagi aku zaman sekarang semuanya boleh berlaku jika adanya benda yang dipanggil DUIT. Seribu kehampaan terhampar dilaman hati, apabila mendengar perkhabaran itu. Aku sangkakan, selepas perbincangan semalam, hati mama dan papa akan terbuka. Bahkan, ini pula yang berlaku. Sungguh, segala ini tidak terlangkau dek akal fikiranku. Memang aku kecewa. Ditambah pula dengan perasaan bersalah aku kepada teman-teman. Semua ini angkara mama dan papa. Satu keluhan berat tercetus lagi dari mulutku.
Waktu rehat, aku hanya merehatkan diri dipangkin berhampiran kantin. Melihat kantin yang sesak ditambah pula sesak dikepala, makin menghanyutkan nafsu makanku. Hampir dua minit termenung bersendirian, Sam menghampiriku sambil menghulurkan sekotak jus oren. Aku menyambutnya dengan senyuman yang hambar. Tidak lama selepas itu, Adam dan Joey pula yang muncul menemani kami.
Kami semua membatu seperti bangku yang sedang kami duduk ini. Semuanya bagaikan tiada modal untuk memulakan kata. Sehinggalah satu suara menyedarkan kami.
“ Assalamualaikum,” sapa suara itu.
Salam yang dihulurkan dijawab oleh kami kecuali Sam. Lupa nak bagitahu, Sam ialah seorang gadis berbangsa cina yang  menganuti agama kristian. Tetapi dia lebih suka mengenakan baju kurung berbanding pinafore berwarna biru muda itu.
Kami semua mendongak. Ternyata Sir Muslim yang menegur kami. Satu senyuman yang tawar dihadiahkan kepada guru yang begitu murah dengan senyuman itu.
“ Boleh saya duduk?’ tanya beliau.
“ Eh, silalah Sir. Takkanlah kita orang nak tengok aje Sir berdiri,” balas Joey sambil mengosongkan bangku yang didudukinya tadi. Dia bergerak dan duduk disebelah Adam.
“ Saya dapat tahu pasal penutupan bilik muzik tu. Jadi sebab itulah semua orang macam ayam berak kapur aje ni?” tanya Sir Muslim.
Aku yang menopang dagu hanya mengangguk perlahan mewakili semua. Aku yang selalunya bersemangat waja turut menjadi lemau hari ini. Hebat sungguh penangan mama dan papaku.
Sir Muslim tersenyum lagi. “ Takkan dah putus asa kot? Nak seribu daya, tak nak seribu alasan. Selagi pertandingan tu belum berlangsung, selagi tu peluang masih terbuka luas. Sekarang cuma take it or leave it. Keputusan ada pada tangan masing-masing,” panjang lebar guru muda itu meniupkan bara semangat kami agar terus bernyala.
Aku menarik nafas dan meluruskan posisi badanku. Sesuatu perasaan berkobar-kobar memukul-mukul hatiku dan menyedarkan aku supaya bangkit dari kejatuhan. Hatiku terdetik, ini bukan kali pertama aku menghadapi halangan seperti ini. Sepatutnya aku bangun dari kejatuhan yang lalu, bukannya terus jatuh tanpa cuba untuk bangun lagi. Perjalanan hidupku masih panjang lagi. Betul kata Sir Muslim, gerbang peluang masih terbuka dan mengalu-alukan kedatangan kami.
“ Guys, bilik muzik memang dah tutup. Tapi, studio jamming dekat bandar ni bersepah-sepahkan? Why don’t kita practise dekat sana aje?  Bezanya, kita kena keluarkan duit aje sikit. Tak ada masalahkan?” aku menyuarakan pendapat.
Muka masing-masing yang seiras dengan asam kecut sebentar tadi, kembali bersemangat semula. Joey dan Sam sudah mengangguk bak burung belatuk menunjukkan persetujuan mereka. Sementara Adam pula, hanya mengukirkan senyuman sebagai signal persetujuaanya.
Aku berpaling memandang Sir Muslim. “ Terima kasih Sir. Apa yang Sir cakap tadi memang betul. Kita orang tak sepatutnya mengalah selagi peluang masih terbuka. Satu kerugian besar kalau kita orang tak grab peluang tu,”  ucapku ikhlas.
“ Saya suka tengok semangat kamu semua. Terus pejuangkan impian kamu selagi iainya tak salah di sisi agama dan ingat… jangan sesekali kurang ajar dengan ibu bapa. Macam mana sekalipun, kita kena hormat mereka. Faham?” sempat lagi Sir Muslim menyampaikan nasihatnya.
“ Faham ustaz Muslim!” jawab kami serentak. Kemudian, kami sama-sama ketawa.
“ Sejak bila pula saya jadik ustaz ni?” tanyanya pelik.
“ Dah memang nama cikgu sesuai untuk jadi ustaz. Jangan marah cikgu,nanti cepat tua,” balasku sebelum meminta diri untuk ke kelas apabila loceng sekolah nyaring berbunyi

Sunday, 1 July 2012

The Climb (second episode)


KINI sudah dua minggu aku bergelar seorang pelajar di Sekolah Menengah Sri Harum ini. Bermakna sudah genap dua minggu jugalah aku berkenalan dengan Adam, Joey dan Sam. Setiap hari selepas waktu persekolahan, aku pasti akan bergumpul dengan mereka di bilik muzik. Kami sama-sama mengisi masa dengan hobi kami. Hubunganku dengan Adam yang sebelum ini dingin juga semakin baik. Semuanya atas satu sebab. Adam tidak menyukaiku dahulu kerana, dia berasa cemburu terhadapku.
Rupa-rupanya tiga sahabatku itu mempunyai cita-cita yang sama sepertiku iaitu ingin bergelar sebagai seorang anak seni. Tetapi mereka tidak berkesempatan meneruskan cita-cita mereka kerana halangan dari keluarga yang memahukan mereka menjadi seorang yang berkerjaya hebat seperti usahawan, doktor dan peguam. Disebabkan itulah Adam berasa cemburu kerana aku berpeluang untuk meneruskan cita-citaku.
“ Guys, aku rasa nak tubuhkan bandlah,” ujarku pada ketiga-tiga rakan baru dihadapanku.
Adam yang sedang memasang tali gitar mendongak. “ Band? Dengan siapa?”
“ Takkanlah aku nak ajak mak cik kantin pulak kot. Dengan kau orang semualah,” jawabku.
Joey dan Sam yang tadinya sibuk dengan alat muzik masing-masing mendongak, memandang ke arahku. Semuanya diam.
“ Kenapa? Setuju tak?” aku menanya lagi dengan kening yang terjongket.
“ Kita orang bukan tak nak setuju, tapi kalau kita buat band pun, kita takkan kemana punya. Aku takut kalau mak bapak aku tahu. Inipun aku selalu curi-curi datang sini,” kata Joey dengan suara yang perlahan.
“ Aku pun macam tu Dian.” Sam menyampuk.
Aku berpaling pula memandang Adam. Aku tahu, Adam seorang yang begitu cinta akan muzik. Besar kemungkinannya dia akan bersetuju. Setelah beberapa saat berdiam diri, Adam akhirnya hanya mengangkat bahu sahaja. Aku mengeluh. Hampa pastinya.
“ Macam nilah, aku sebenarnya ada sesuatu nak bagitahu.” Aku bersuara perlahan untuk menarik perhatian mereka yang mula termenung. Tiga pasang mata kini sedang memandangku.
“ Sebenarnya, mak ayah aku tak pernah izinkan aku untuk jadi seorang pemuzik. Dari dulu, aku selalu ponteng kelas tambahan untuk belajar main gitar. Walaupun banyak kali aku tertangkap, banyak kali aku kena marah, kena denda, aku tak pernah serik. Bagi aku, impian dan harapan aku adalah hak aku untuk aku tentukan. Biarlah susah macam mana sekalipun, payah tahap apa sekalipun, aku takkan berhenti selagi aku berjaya. Yang penting aku gembira dan aku puas.” Aku berhenti seketika.
“ Dian, kau rasa berbaloi ke kau sangup bersusah payah semata-mata keranan sesuatu yang belum pasti?” tanya Adam.
“ Yang penting aku cuba. Jadi atau tidak, itu hal yang kedua. Aku sayangkan kehidupan aku, jadi aku akan buat apa yang aku suka selagi benda tu tak salah,” jawab aku tenang,
“ Sampai bila kau nak cuba Dian?” kali ini, Sam pula yang melontarkan pertanyaan.
“ Sampai aku berjaya.” Aku menjawab yakin.
“ Kalau tak berjaya?” soal Sam lagi.
“ Yang penting aku cuba. Aku tak nak menyerah awal-awal. Aku juga yang akan rugi. Siapa tahu, berkat usaha aku, akhirnya aku berjayakan?” aku menjawab soalan Sam dengan menanyakan soalan kepada mereka semua.
Melihat mereka semua yang membisu, aku menyambung lagi. “ Jadi sekarang, aku nak ajak korang berjuang. Biar aku hadiahkan sesuatu,” kataku sambil berjalan menghampiri piano. Aku duduk di atas kerusi yang disediakan seraya tersenyum memandang ketiga-tiga teman yang sedang memandang segala perbuatanku. Aku menarik nafas sebelum menekan kord E pada piano tersebut. Diikuti dengan kord E+B A+E sambil aku mengalunkan suara menyanyikan lagu The Climb. Sebuah lagu yang memberiku semangat untuk mengejar cita-citaku. Dengan penuh perasaan aku menyampaikan lagu itu kepada teman-temanku.





I can almost see it
That dream I’m dreamin
But there’s a voice inside my head saying
"you’ll never reach it"
Every step I’m taking
Every move I make feels
Lost with ’known direction
My faith is shakin
But I gotta keep tryin
Gotta keep my handheld high
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.





Habis sahaja bahagian intro, Sam turut serta merancakkan lagu dengan memukul drumnya mengikut kord lagu yang sama. Tidak lama selepas itu, Adam mula memetik gitarnya diikuti oleh Joey yang mengambil alih bermain bass. Lagu yang pada mulanya dimainkan dengan piano sahaja kini menjadi lengkap dengan bunyi gitar, drum dan bass.
Selepas itu, aku merenung wajah mereka satu persatu. Seperti meminta jawapan kepada soalanku tadi.
“ Betul cakap kau Dian. Kita pun ada hak nak tentukan arah hidup kita. Tapi aku nak kita semua janji, walau apapun jadi, kita jangan berpecah. Boleh?” Joey bersuara.
Sam, aku dan Adam mengangguk dengan satu harapan yang tersimpul di jiwa. Impian kami akan tercapai tidak kira betapa berlikunya jalan yang terpaksa kami lalui.
Mulai hari ini, saat dan detik ini, kami adalah The Climb!




The struggles I’m facing.
The chances I’m taking.
Sometimes might knock me down but
No I’m not breaking.
I may not know it but these are the moments that
I’m gonna remember most, yeah.
I Just gotta keep going.
And I gotta be strong.
Just keep pushing on,
’cause,
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
But Sometimes I’m gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
Yeah-yeah
There’s always gonna be another mountain.
I’m always gonna wanna make it move.
Always gonna be an uphill battle
Sometimes you’re gonna have to lose.
Ain’t about how fast I get there.
Ain’t about what’s waitin on the other side.
It’s the climb.
Yeah-yeah-yea
Keep on moving,
Keep climbing,
Keep the faith,
Baby
It’s all about,
It’s all about the climb
Keep your faith,
Keep your faith
Whoa, O Whoa