JAM di dinding yang bercat putih itu menunjukkan tepat pukul lapan tiga puluh minit malam. Waktu-waktu sebegini Fazrin akan duduk sahaja di dalam bilik wadnya tanpa berbuat apa-apa. Kebiasaannya dia akan membaca novel, majalah atau komik. Tetapi malam ini, dia tiada minat untuk melakukan semua itu. Tiba- tiba dia teringatkan Ridz. Pagi ini dia langsung tidak bertemu dengan lelaki itu. Ridz tidak mengunjunginya pagi ini seperti kebiasaannya. Rasa lain pula apabila tidak bertemu dengan Ridz seperti hari-hari yang lain.
Walaupun usia persahabatan mereka tidak sampai satu bulan, bagi Fazrin sebuah persahabatan tidak boleh dihitung melalui hari dan masa. Asalkan masing-masing selesa apabila bersama. Apatah lagi, sejak kebelakangan ini mereka selalu menghabiskan masa berdua. Melakukan pelbagai aktiviti yang direka mengikut kreativiti Ridz yang sememangnya ada sahaja idea untuk berseronok. Itu adalah salah satu sebab mengapa Fazrin selesa berteman dengan Ridz.
Sedang elok dia memikirkan tentang Ridz, lelaki itu sudahpun tersembul di muka pintu. Tidak ketinggalan juga dengan senyuman lebarnya. Dia tidak lagi bertongkat dengan kaki yang berbalut. Dia sudahpun sihat seperti sediakala tetapi masih lagi rajin berulang- alik ke hospital. Semuanya kerana Fazrin.
“ Termenung apa tu?” tanya Ridz sambil melangkah menghampiri Fazrin.
“ Tak ada apa-apa. Lambat kau datang hari ni?” tanya Fazrin pula.
“ Kenapa? Rindu?” usik Ridz sambil menaikkan kedua-dua keningnya.
Manakala Fazrin sudahpun mencebik. “ Buat apa rindukan kau? Buang karen je. Tak ada faedah langsung!”
“ Ye la tu. Kau tak ada aktiviti ke malam ni? Kalau tak ada, kau boleh ikut aku.” Ridz menanya dan mengajak.
“ Aku dah agak dah. Kalau datang sini ada aje tempat nak suruh aku jenguk. Memandangkan aku memang tak ada aktiviti malam ni, bolehlah. Tapi, nak ke mana?” tanya Fazrin.
“ Macam biasalah jugak, mana boleh bagitahu. Sekarang ni kau siap-siap aje. Nasihat aku, pakai baju tebal sikit. Nanti kau tak tahan sejuk pulak.” Ridz memberitahu.
Fazrin kerut dahi. “ Lain macam je. Kau nak pergi mana ni?”
“ Alah, malam-malam macam ni kan memang sejuk. Itupun nak pelik. Cepatlah!” Ridz mengesa.
“ Yelah. Diktator betul kau ni. Huh!” Fazrin mendengus. Tetapi dia tetap mencari baju sejuknya di dalam almari bersebelahan katil. Memang dia takut untuk berembun. Penyakitnya makin parah dari hari ke hari. Tiada peningkatan sama sekali. Pagi tadi, sudah dua kali dia termuntah dan pengsan. Ah! Dia malas mahu memikirkan. Usaha dan doa, puas dicuba. Kini dia hanya tinggal untuk bertawakal sahaja.
Dia berjalan bersebelahan dengan Ridz. Sampai dihujung koridor, mereka berdua memasuki lif. Ridz menekan butang teratas hospital ini. Baru sahaja Fazrin ingin membuka mulut untuk menyoal Ridz sudah menunjukkan isyarat supaya diam. Sudahnya Fazrin hanya mengangkat bahu dan menyerah untuk tidak menyanya lagi. Dia tahu, dia tidak akan mendapat jawapannya.
Sampai di tingkat tiga puluh, mereka menaiki pula tangga. Walaupun ini merupakan tingkat tiga puluh, suasananya sama sahaja seperti di tingkat-tingkat yang lain. Barulah Fazrin tahu, di tingkat ini hanya golongan VVIP sahaja yang menginap di sini. Hm, orang kaya, di mana-mana pun tetap mendapat layanan istimewa kecuali di penjara.
Tangga untuk ke ruang atas didaki oleh mereka berdua. Sebelum dua anak tangga terakhir sempat dipijak oleh Fazrin, angin sepoi-sepoi bahasa yang sungguh dingin sudahpun menyapa mereka berdua. Terus Fazrin memeluk tubuh. Memang sejuk dan memang tak salah Ridz menyuruhnya memakai baju sejuk. Apabila dia sampai di atas, alangkah terpegunnya dia melihat suasana malam dari tingkat paling atas bangunan hospital ini. Dari atas, bandaraya yang dipenuhi dengan bangunan dan menara- menara kini kelihatan seperti iCity di Shah Alam dengan kerlipan lapun neonya yang berwarna oren.
Dia berjalan lagi hinggalah ke tembok penghadang bangunan itu. Dia memandang ke bawah. Manusia yang lalu-lalang di bawah kelihatan sungguh kecil.
“ Amacam? Pernah sampai sini tak?” sampuk Ridz.
“ Wah, tak pernah terfikir pun aku nak naik sampai sini. Best gila! Sejuk!” jawab Fazrin senang.
Ridz terseyum lebar. “ Tapi kau lupa nak pandang atas.”
Mendengar sahaja kata-kata Ridz itu, Fazrin terus mendongak. Sekali lagi dia terdiam. Berjuta-juta bintang yang terang berkerlipan sedang bersinar-sinar di dada langit malam yang kelam. Suasana di atas bangunan ini agak malap, tapi dengan adanya cahaya dari bulan dan bintang-bintang, suasananya agak terang seperti sudah dipasang lampu.
“ Lawakan?” tanya Ridz. Kepada Fazrin yang masih lagi mendongak ke langit.
“ Yup! Lawa yang teramat sangat. Kau pun suka tengok bintang?” tanya Fazrin.
“Entahlah. Tapi aku suka duduk kat sini. Senyap, tak bising. Sejuk dan yang paling penting jauh dari semua orang,” jawab Ridz.
“ Kau lari dari seseorang?” Fazrin bertanya sebaik sahaja mendengar ayat terakhir Ridz.
“ Tak adalah. Bila kita ada kat tengah orang ramai memang serabut. Bila kat sini aku boleh duduk dengan diri aku sendiri. Kat sinilah tempat aku tenangkan diri. Tapi time malam ajelah, bila siang kat sini panas. Kau suka tempat ni?”
“ Suka sangat-sangat. Selama ni aku selalu nak cari tempat di mana aku tak payah dongak untuk pandang bintang. Tak sangka aku jumpa jugak tempat tu akhirnya.”
“ Maksud kau kat sini?”
Fazrin mengangguk sambil tangannya mencari sesuatu di dalam kocek baju sejuknya.
“ Kau suka tengok bintang?” Ridz menanyakan soalan yang sama.
“ Itu adalah satu benda yang wajib aku buat setiap hari.”
“ Kenapa?”
“ Sebab tak lama lagi aku akan pergi jauh. Pergi ke tempat yang seorang pun tak mampu nak cari aku. Tapi dia orang mampu tengok dan ingatkan aku. Sama macam bintang. Selama ini pun, bintang-bintang kat atas sana adalah kawan-kawan aku. Kawan yang tak pernah lari dari aku. Walaupun aku tak nampak dia orang, tapi aku tahu dia orang selalu ada. Aku pun ada bintang aku sendiri. Ni…” Fazrin menunjukkan seutas rantai yang berloketkan sebutir bintang berwarna perak kepada Ridz.
Ridz menghampiri Fazrin dan mengambil rantai itu. Bintang yang tersangkut di rantai itu dibelek oleh Ridz. Nama Fazrin terukir cantik di bintang itu.
“ Siapa yang bagi ni? Kenapa tak pakai?” tanya Ridz.
“ Tak ada siapa-siapa pun. Aku buat untuk diri aku sendiri. Aku tak pernah pakai pun rantai tu. Aku nak tinggalkan rantai tu pada family aku, supaya dia orang terus ingatkan aku. Lagipun, masa aku belajar sains dulu, tak ada pulak bintang yang namanya Fazrin. So, aku buatlah bintang aku tu sendiri,” jawab Fazrin bersahaja.
“ Faz…” panggil Ridz perlahan.
Fazrin tidak menjawab. Dia Cuma memandang Ridz dengan kening yang terangkat.
“ Kau apa khabar? Macam mana keadaan kau sekarang?”
Fazrin mengeluh. Namun, dia menjawab soalan Ridz sambil tersenyum. “ Dah nama pun kanser Ridz. Tak ada perubahan langsung. Makin hari makin teruk adalah. Pasal penderma pulak, langsung tak ada khabar berita. Sekarang ni, aku boleh mati bila-bila masa aje. Andai kata Allah kirim malaikat pada aku untuk tarik nyawa aku sekarang, aku mungkin dah bersedia. Sebab apa yang aku nak aku dah dapat. Kau dah bagi aku semua tu tanpa aku minta pun. Kau memang baik Ridz. Terima kasih.”
Ridz terdiam. Kalaulah dia mampu mendermakan hatinya untuk Fazrin, akan dia kotakan semua itu. Agak mustahil untuk dia melakukan itu kerana fazrin mungkin tidak akan membenarkan dia mendermakan hatinya. Mustahil manusia mampu hidup tanpa hati. Ridz menarik nafas panjang. Dia melihat Fazrin masih leka menghayati suasana malam dari atas bangunan hospital ini. Sebelum dia tersedar apabila telefon bimbitnya bergetar menandakan pesanan ringkas masuk. Terus dia membukanya.
‘ Ridz, jom race mlm ni! Kat tempat biasa. Org semua dah rmai!’
Itulah mesej yang baru diterima daripada Halim. Ridz tidak menghiraukan mesej tersebut. Dua hari lepas rakannya Daud telah meninggal dunia akibat lumba haram. Kejadian yang amat tragis itu meninggalkan kesan di hatinya. Dia belum bersedia untuk mati. Banyak perkara yang masih belum dibuatnya.
Ridz tersentak! Dia tiba-tiba terfikir akan sesuatu. Dan dengan tiba-tibanya juga dia lihat Fazrin rebah tidak sedarkan diri. Ridz bergegas mendapatkan Fazrin. Dia memangku muka Fazrin yang sudahpun berlumuran dengan darah yang mengalir keluar dari hidungnya.
“ Faz! Faz! Fazrin!” Ridz menampar lembut pipi Fazrin.
“ Faz, jangan takutkan aku. Kau dengar akukan? Bangun Faz! Buka mata kau sekejap!” kejut Ridz lagi dengan suara yang bergetar. Kata-kata Fazrin tadi bermain-main di pendengarannya. Dia jadi semakin takut.
Mata Fazrin terbuka sedikit. Mulutnya terkumat-kamit bagaikan ingin mengatakan sesuatu. Namun, keadaannya teramat lemah. Ridz mendekatkan telinganya ke bibir Fazrin. Dan dia terdengar Fazrin merintih sakit. Tanpa bertangguh lagi, Ridz mencempung tubuh Fazrin dan membawanya ke wad kecemasan. Tiba sahaja di tingkat VVIP seorang jururawat menghampirinya dan memanggil rakan setugasnya untuk membawa strecher. Fazrin terus dibawa ke bilik pembedahan. Kecoh sebentar suasana dia dalam hospital itu dengan suara dokotr yang memberi arahan kepada jururawat yang bertugas.
Ridz terduduk di bangku penunggu. Seorang jururawat tadi telah pun menelefon ahli keluarga Fazrin. Ridz meraut wajahnya yang kusut. Dia betul-betul bimbang akan keadaan Fazrin. Nafasnya juga turut sama sesak memikirkan Fazrin yang sedang di bawa ke bilik pembedahan. Selamatkan Fazrin? Adakah dia akan berjumpa Fazrin lagi pada keesokkan harinya? Tidak lama selepas itu, keluarga Fazrin yang terdiri daripada kedua orang tua dan adik-beradiknya sampai, Ridz kembali semula ke atas bangunan. Dia cuba menenangkan fikirannya di situ.
Dia mendongak memandang bintang yang terang berkelipan di atas sana. Sewaktu tangannya menyeluk poket baju sejuknya, dia terasa ada sesuatu di dalamnya. Dia menarik keluar benda itu dari poketnya. Ternyata rantai yang ditunjukkan oleh Fazrin tadi masih ada dengannya. Dia merenung loket bintang yang terukir nama Fazrin itu. Serta-merta kenangan dengan Fazrin beberapa minit yang lalu terlayar kembali di mindanya. Tiba-tiba dia berasa bersalah yang amat sangat. Kalaulah dia tidak membawa Fazrin ke sini, tentu Fazrin tidak akan pengsan dan lambat untuk dihantar ke wad. Ridz meraup rambutnya yang jatuh ke dahi. Dia menarik nafas dan menghembuskannya. Dia perlu melakukan sesuatu untuk Fazrin. Dia takut kehilangan Fazrin. Benar-benar takut!
Telefon bimbitnya bergetar lagi menandakan satu lagi pesanan ringkas masuk. Dia mengeluarkan telefon bimbit itu dari poket seluarnya dan membuka mesej tersebut. Mesej dari Halim.
‘ Ridz, kau dtg x ni? Game dh nk mula! Kite org semua tnggu kau!’
Mesej daripada Halim itu dipandang lama. Dia teringat akan pesanan Fazrin yang ingin dia berhenti daripada terus menjadi mat rempit. Bintang Fazrin tadi direnungnya lagi. Dia terfikirkan sesuatu, dan dia nekad! Dia akan melakukannya. Lalu, mesej Halim itu dibalas.
‘ Yup! Aku join! Sepuluh mnit lg aku smpai!’
Dengan pantasnya juga Ridz berlari turun ke bawah.
“Bila aku pandang bintang,
Dia masih berkelip,
Bila aku pandang awan,
Dia tetap bergerak,
Tapi… bila aku pandang kau,
Hati aku berhenti!” – Ridz…