Thursday, 13 September 2012

Bintang Fazrin_5


Satu minggu kemudian….

Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Panahan cahaya lampu kalimantang terus menerjah masuk ke dalam matanya. Meskipun sakit dan pedih, dia mengedipkan matanya lagi berkali-kali hinggalah dia dapat menerima pancaran cahaya tersebut. Dia cuba mengerakkan badannya, tetapi dia tidak berdaya kerana rasa sakit yang teramat sangat di kawasan perutnya. Dia mencuba lagi untuk bergerak beberapa kali hinggalah dia dapat dapat menangkap satu suara.
“ Eh, Fazrin! Bang, Fazrin dah bangun. Dia dah sedar!”
Ya, Fazrin tahu, itu suara uminya.  Dia juga tahu, dia masih di hospital, di atas katil di dalam  wadnya. Dia tidak dapat mengingati apa-apa. Yang dia tahu, dia pengsan ketika dia dibawa oleh Ridz ke atas bangunan. Menyebut sahaja nama itu, dia terus teringat akan Ridz. Dimanakah lelaki itu sekarang? Adakah masih di sini dan menantinya untuk sedar? Fazrin tertanya-tanya sendiri. Namun, dalam keadaan sekarang, tekaknya terasa kering benar. Pedih tekaknya untuk mengeluarkan sepatah perkataan pun.
Uminya yang bagaikan tahu keadaan Fazrin itu terus sahaja menuangkan segelas air putih dan menghulurkannya kepada Fazrin. Dengan lemahnya Fazrin mencapai gelas tersebut dan cuba menenguknya. Melihatkan pergerakkan Fazrin yang tidak bermaya itu, uminya terus membantu dan menyuakan gelas itu kepada Fazrin.
“ Alhamdullillah Rin dah sedar. Seminggu kami bimbangkan Rin. Langsung tak sedarkan diri. Nasib baik pembedahan tu berjaya,” kata umi tiba-tiba.
Fazrin tersentak. Seminggu? Sedar? Pembedahan? 
“ Dah berapa lama Rin pengsan?” akhirnya Fazrin bersuara.
“ Lepas aje Rin pengsan malam tu, Rin koma 2 hari. Tak lama lepas tu, doktor ada bagitahu yang dia orang dah pun dapatkan penderma hati yang sesuai untuk Rin. Lepas pembedahan tu, Rin tak sedar-sedarkan diri lagi sampailah hari ni. Umi bersyukur sangat-sangat akhirnya anak umi ni dah sembuh macam dulu.” Fazrin mendengar dengan teliti tentang apa yang diceritakan oleh uminya. 
Dalam hati, dia memanjatkan rasa syukur setinggi-tingginya kepada yang Maha Esa kerana masih lagi memanjangkan umurnya untuk terus menikmati kehidupan di atas muka bumi ini. Dia juga turut mengucapkan rasa terima kasihnya kepada penderma yang begitu baik hati kerana sudi mendermakan satu organ yang amat diperlukan olehnya. Pastinya penderma itu sudahpun pergi menghadap Illahi. Hatinya melonjak ingin tahu siapakah insan yang begitu tulus hatinya yang masih sudi memberikan sesuatu yang berharga. Dia ingin tahu siapakah yang sudi menyelamatkan nyawanya.
“ Umi, siapa penderma ni? Kita kenal?” tanya Fazrin perlahan.
“ Dah puas umi tanya siapa, tapi pihak hospital tak nak bagitahu kerana tu amanat dari arwah. Arwah dah meninggal dalam kemalangan jalan raya. Apa yang umi tahu, arwah tu salah seorang dari mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya minggu lepas,” beritahu uminya.
Mendengar sahaja uminya menyebut kemalangan jalan raya, Fazrin terus teringat akan Ridz. Jantungnya bedegup laju seiringan dengan mindanya yang sudahpun membayangkan sesuatu yang buruk.
“ Kemalangan? Kemalangan apa?” Fazrin bertanya.
“ Kemalangan besarlah jugak. Kemalangan yang tragis pernah terjadik tahun ini. Lori minyak rempuh sekumpulan mat-mat rempit yang tengah berlumba haram. Dua orang maut dan salah seorang tulah yang dermakan hatinya pada Rin. Tapi, doktor cakap, keluarganya tak nak dedahkan identiti dia. Sampai sekarang ayah dan umi langsung tak tahu siapa dia orang tu. Yang umi tahu, budak tu lelaki, muda lagi.”
Cerita yang disampaikan oleh uminya itu umpama belati yang meluru masuk menikam jantungnya sekaligus menghentikan degupannya. Di mindanya sekarang hanya terbayang nama dan wajah Ridz. Takkanlah. Takkanlah hati yang sedang berfungsi di dalam badannya ini milik Ridz. Tak, tak mungkin. Ridz dah janji dengan aku dia takkan berlumba lagi. Bukan Ridz, bukan Ridz yang dermakan hati ni. Bukan!
Fazrin menjerit-jerit di dalam hati walaupun separuh dari hatinya yakin Ridz adalah penderma rahsia itu. Jikalau bukan Ridz, takkanlah penderma itu ingin merahsiakan identitinya sampai begitu sekali. Fazrin menahan air matanya yang sudahpun bertakung di tubir mata. Untuk mencari kepastiannya, Fazrin meminta uminya untuk memanggil doktor yang selama ini menjaga dan merawatnya. Walaupun pelik dengan permintaan Fazrin itu, uminya tetap juga mencari doktor yang dimaksudkan oleh Fazrin.
Hampir lima minit menunggu dengan hati yang gundah gulana, akhirnya uminya sampai juga dengan seorang doktor yang berusia awal 30-an. Fazrin menanyakan doktor tersebut tentang Ridz. Menurut doktor itu, sewaktu Fazrin pengsan, itulah kali terakhir Ridz datang ke hospital. Sepanjang Fazrin koma dan selepas menjalani pembedahan, Ridz langsung tidak mengunjungi hospital itu lagi tidak seperti sebelumnya. Ketika ditanya mengapa, Fazrin hanya diam sahaja. Dia tidak akan menceritkan tentang rasa yang sedang mengasak hatinya sekarang ini.
Malam itu, walaupun gembira dengan kesihatannya sekarang, Fazrin masih lagi bermuram durja. Dia mendapat kehidupannya semula tetapi dia terpaksa kehilanggan seorang kawan yang amat memahaminya. Apa yang membuatkan dia bertambah sedih dan terharu adalah apabila mengenangkan hubungannya dengan Ridz tidak sampai dua bulan, tetapi Ridz sudah begitu baik terhadapnya. Malah, dia langsung tidak sempat membalas jasa-jasa Ridz. 
Duduk termenung di tingkap sambil melihat bintang-bintang dahulu adalah perkara yang paling diminati olehnya. Kini, memandang bintang di langit membuatkan dia semakin mengingati Ridz. Tiba-tiba dia teringat rantainya. Dia yakin rantai itu pasti ada pada Ridz. Ah, di mana dia ingin mencari semula rantai tersebut. Biarlah Ridz membawanya sebagai kenang-kenangan. Bintang Fazrinnya telah pergi bersama seorang sahabat yang sangat baik, sahabat yang sangat memahami dan mungkin juga sebagai seorang yang sangat disayangi dan dirindui ketika ini…

Friday, 7 September 2012

Bintang Fazrin_4



JAM di dinding yang bercat putih itu menunjukkan tepat pukul lapan tiga puluh minit malam. Waktu-waktu sebegini Fazrin akan duduk sahaja di dalam bilik wadnya tanpa berbuat apa-apa. Kebiasaannya dia akan membaca novel, majalah atau komik. Tetapi malam ini, dia tiada minat untuk melakukan semua itu. Tiba- tiba dia teringatkan Ridz. Pagi ini dia langsung tidak bertemu dengan lelaki itu. Ridz tidak mengunjunginya pagi ini seperti kebiasaannya. Rasa lain pula apabila tidak bertemu dengan Ridz seperti hari-hari yang lain.
Walaupun usia persahabatan mereka tidak sampai satu bulan, bagi Fazrin sebuah persahabatan tidak boleh dihitung melalui hari dan masa. Asalkan masing-masing selesa apabila bersama. Apatah lagi, sejak kebelakangan ini mereka selalu menghabiskan masa berdua. Melakukan pelbagai aktiviti yang direka mengikut kreativiti Ridz yang sememangnya ada sahaja idea untuk berseronok. Itu adalah salah satu sebab mengapa Fazrin selesa berteman dengan  Ridz. 
Sedang elok dia memikirkan tentang Ridz, lelaki itu sudahpun tersembul di muka pintu. Tidak ketinggalan juga dengan senyuman lebarnya. Dia tidak lagi bertongkat dengan kaki yang berbalut. Dia sudahpun sihat seperti sediakala tetapi masih lagi rajin berulang- alik ke hospital. Semuanya kerana Fazrin.
“ Termenung apa tu?” tanya Ridz sambil melangkah menghampiri Fazrin. 
“ Tak ada apa-apa. Lambat kau datang hari ni?” tanya Fazrin pula.
“ Kenapa? Rindu?” usik Ridz sambil menaikkan kedua-dua keningnya.
Manakala Fazrin sudahpun mencebik. “ Buat apa rindukan kau? Buang karen je. Tak ada faedah langsung!”
“ Ye la tu. Kau tak ada aktiviti ke malam ni? Kalau tak ada, kau boleh ikut aku.” Ridz menanya dan mengajak.
“ Aku dah agak dah. Kalau datang sini ada aje tempat nak suruh aku jenguk.  Memandangkan aku memang tak ada aktiviti malam ni, bolehlah. Tapi, nak ke mana?” tanya Fazrin.
“ Macam biasalah jugak, mana boleh bagitahu. Sekarang ni kau siap-siap aje. Nasihat aku, pakai baju tebal sikit. Nanti kau tak tahan sejuk pulak.” Ridz memberitahu.
Fazrin kerut dahi. “ Lain macam je. Kau nak pergi mana ni?”
“ Alah, malam-malam macam ni kan memang sejuk. Itupun nak pelik. Cepatlah!” Ridz mengesa.
“ Yelah. Diktator betul kau ni. Huh!” Fazrin mendengus. Tetapi dia tetap mencari baju sejuknya di dalam almari bersebelahan katil. Memang dia takut untuk berembun. Penyakitnya makin parah dari hari ke hari. Tiada peningkatan sama sekali. Pagi tadi, sudah dua kali dia termuntah dan pengsan. Ah! Dia malas mahu memikirkan. Usaha dan doa, puas dicuba. Kini dia hanya tinggal untuk bertawakal sahaja.
Dia berjalan bersebelahan dengan Ridz. Sampai dihujung koridor, mereka berdua memasuki lif. Ridz menekan butang teratas hospital ini. Baru sahaja Fazrin ingin membuka mulut untuk menyoal Ridz sudah menunjukkan isyarat supaya diam. Sudahnya Fazrin hanya mengangkat bahu dan menyerah untuk tidak menyanya lagi. Dia tahu, dia tidak akan mendapat jawapannya.
Sampai di tingkat tiga puluh, mereka menaiki pula tangga. Walaupun ini merupakan tingkat tiga puluh, suasananya sama sahaja seperti di tingkat-tingkat yang lain. Barulah Fazrin tahu, di tingkat ini hanya golongan VVIP sahaja yang menginap di sini. Hm, orang kaya, di mana-mana pun tetap mendapat layanan istimewa kecuali di penjara.
Tangga untuk ke ruang atas didaki oleh mereka berdua. Sebelum dua anak tangga terakhir sempat dipijak oleh Fazrin, angin sepoi-sepoi bahasa yang sungguh dingin sudahpun menyapa mereka berdua. Terus Fazrin memeluk tubuh. Memang sejuk dan memang tak salah Ridz menyuruhnya memakai baju sejuk. Apabila dia sampai di atas, alangkah terpegunnya dia melihat suasana malam dari tingkat paling atas bangunan hospital ini. Dari atas, bandaraya yang dipenuhi dengan bangunan dan menara- menara kini kelihatan seperti iCity di Shah Alam dengan kerlipan lapun neonya yang berwarna oren. 
Dia berjalan lagi hinggalah ke tembok penghadang bangunan itu. Dia memandang ke bawah. Manusia yang lalu-lalang di bawah kelihatan sungguh kecil. 
“ Amacam? Pernah sampai sini tak?” sampuk Ridz.
“ Wah, tak pernah terfikir pun aku nak naik sampai sini. Best gila! Sejuk!” jawab Fazrin senang. 
Ridz terseyum lebar. “ Tapi kau lupa nak pandang atas.” 
Mendengar sahaja kata-kata Ridz itu, Fazrin terus mendongak. Sekali lagi dia terdiam. Berjuta-juta bintang yang terang berkerlipan sedang bersinar-sinar di dada langit malam yang kelam. Suasana di atas bangunan ini agak malap, tapi dengan adanya cahaya dari bulan dan bintang-bintang, suasananya agak terang seperti sudah dipasang lampu. 
“ Lawakan?” tanya Ridz. Kepada Fazrin yang masih lagi mendongak ke langit. 
“ Yup! Lawa yang teramat sangat. Kau pun suka tengok bintang?” tanya Fazrin.
“Entahlah. Tapi aku suka duduk kat sini. Senyap, tak bising. Sejuk dan yang paling penting jauh dari semua orang,” jawab Ridz.
“ Kau lari dari seseorang?” Fazrin bertanya sebaik sahaja mendengar ayat terakhir Ridz.
“ Tak adalah. Bila kita ada kat tengah orang ramai memang serabut. Bila kat sini aku boleh duduk dengan diri aku sendiri. Kat sinilah tempat aku tenangkan diri. Tapi time malam ajelah, bila siang kat sini panas. Kau suka tempat ni?”
“ Suka sangat-sangat. Selama ni aku selalu nak cari tempat di mana aku tak payah dongak untuk pandang bintang. Tak sangka aku jumpa jugak tempat tu akhirnya.”
“ Maksud kau kat sini?”
Fazrin mengangguk sambil tangannya mencari sesuatu di dalam kocek baju sejuknya.
“ Kau suka tengok bintang?” Ridz menanyakan soalan yang sama.
“ Itu adalah satu benda yang wajib aku buat setiap hari.”
“ Kenapa?”
“ Sebab tak lama lagi aku akan pergi jauh. Pergi ke tempat yang seorang pun tak mampu nak cari aku. Tapi dia orang mampu tengok dan ingatkan aku. Sama macam bintang. Selama ini pun, bintang-bintang kat atas sana adalah kawan-kawan aku. Kawan yang tak pernah lari dari aku. Walaupun aku tak nampak dia orang, tapi aku tahu dia orang selalu ada. Aku pun ada bintang aku sendiri. Ni…” Fazrin menunjukkan seutas rantai yang berloketkan sebutir bintang berwarna perak kepada Ridz.
Ridz menghampiri Fazrin dan mengambil rantai itu. Bintang yang tersangkut di rantai itu dibelek oleh Ridz. Nama Fazrin terukir cantik di bintang itu.
“ Siapa yang bagi ni? Kenapa tak pakai?” tanya Ridz.
“ Tak ada siapa-siapa pun. Aku buat untuk diri aku sendiri. Aku tak pernah pakai pun rantai tu. Aku nak tinggalkan rantai tu pada family aku, supaya dia orang terus ingatkan aku. Lagipun, masa aku belajar sains dulu, tak ada pulak bintang yang namanya Fazrin. So, aku buatlah bintang aku tu sendiri,” jawab Fazrin bersahaja.
“ Faz…” panggil Ridz perlahan.
Fazrin tidak menjawab. Dia Cuma memandang Ridz dengan kening yang terangkat.
“ Kau apa khabar? Macam mana keadaan kau sekarang?” 
Fazrin mengeluh. Namun, dia menjawab soalan Ridz sambil tersenyum. “ Dah nama pun kanser Ridz. Tak ada perubahan langsung. Makin hari makin teruk adalah. Pasal penderma pulak, langsung tak ada khabar berita.  Sekarang ni, aku boleh mati bila-bila masa aje.  Andai kata Allah kirim malaikat pada aku untuk tarik nyawa aku sekarang, aku mungkin dah bersedia. Sebab apa yang aku nak aku dah dapat. Kau dah bagi aku semua tu tanpa aku minta pun. Kau memang baik Ridz. Terima kasih.”
Ridz terdiam. Kalaulah dia mampu mendermakan hatinya untuk Fazrin, akan dia kotakan semua itu. Agak mustahil untuk dia melakukan itu kerana fazrin mungkin tidak akan membenarkan dia mendermakan hatinya. Mustahil manusia mampu hidup tanpa hati.  Ridz menarik nafas panjang. Dia melihat Fazrin masih leka menghayati suasana malam dari atas bangunan hospital ini. Sebelum dia tersedar apabila telefon bimbitnya bergetar menandakan pesanan ringkas masuk. Terus dia membukanya.
‘ Ridz, jom race mlm ni! Kat tempat biasa. Org semua dah rmai!’
Itulah mesej yang baru diterima daripada Halim. Ridz tidak menghiraukan mesej tersebut. Dua hari lepas rakannya Daud telah meninggal dunia akibat lumba haram. Kejadian yang amat tragis itu meninggalkan kesan di hatinya. Dia belum bersedia untuk mati. Banyak perkara yang masih belum dibuatnya.
Ridz tersentak! Dia tiba-tiba terfikir akan sesuatu. Dan dengan tiba-tibanya juga dia lihat Fazrin rebah tidak sedarkan diri. Ridz bergegas mendapatkan Fazrin. Dia memangku muka Fazrin yang sudahpun berlumuran dengan darah yang mengalir keluar dari hidungnya. 
“ Faz! Faz! Fazrin!” Ridz menampar lembut pipi Fazrin.
“ Faz, jangan takutkan aku. Kau dengar akukan? Bangun Faz! Buka mata kau sekejap!” kejut Ridz lagi dengan suara yang bergetar. Kata-kata Fazrin tadi bermain-main di pendengarannya. Dia jadi semakin takut. 
Mata Fazrin terbuka sedikit. Mulutnya terkumat-kamit bagaikan ingin mengatakan sesuatu. Namun, keadaannya teramat lemah. Ridz mendekatkan telinganya ke bibir Fazrin. Dan dia terdengar Fazrin merintih sakit. Tanpa bertangguh lagi, Ridz mencempung tubuh Fazrin dan membawanya ke wad kecemasan. Tiba sahaja di tingkat VVIP seorang jururawat menghampirinya dan memanggil rakan setugasnya untuk membawa strecher. Fazrin terus dibawa ke bilik pembedahan. Kecoh sebentar suasana dia dalam hospital itu dengan suara dokotr yang memberi arahan kepada jururawat yang bertugas.
Ridz terduduk di bangku penunggu. Seorang jururawat tadi telah pun menelefon ahli keluarga Fazrin. Ridz meraut wajahnya yang kusut. Dia betul-betul bimbang akan keadaan Fazrin. Nafasnya juga turut sama sesak memikirkan Fazrin yang sedang di bawa ke bilik pembedahan. Selamatkan Fazrin? Adakah dia akan berjumpa Fazrin lagi pada keesokkan harinya? Tidak lama selepas itu, keluarga Fazrin yang terdiri daripada kedua orang tua dan adik-beradiknya sampai, Ridz kembali semula ke atas bangunan. Dia cuba menenangkan fikirannya di situ.
Dia mendongak memandang bintang yang terang berkelipan di atas sana. Sewaktu tangannya menyeluk poket baju sejuknya, dia terasa ada sesuatu di dalamnya. Dia menarik keluar benda itu dari poketnya. Ternyata rantai yang ditunjukkan oleh Fazrin tadi masih ada dengannya. Dia merenung loket bintang yang terukir nama Fazrin itu. Serta-merta kenangan dengan Fazrin beberapa minit yang lalu terlayar kembali di mindanya. Tiba-tiba dia berasa bersalah yang amat sangat. Kalaulah dia tidak membawa Fazrin ke sini, tentu Fazrin tidak akan pengsan dan lambat untuk dihantar ke wad.  Ridz meraup rambutnya yang jatuh ke dahi. Dia menarik nafas dan menghembuskannya. Dia perlu melakukan sesuatu untuk Fazrin. Dia takut kehilangan Fazrin. Benar-benar takut!
Telefon bimbitnya bergetar lagi menandakan satu lagi pesanan ringkas masuk. Dia mengeluarkan telefon bimbit itu dari poket seluarnya dan membuka mesej tersebut. Mesej dari Halim.
‘ Ridz, kau dtg x ni? Game dh nk mula! Kite org semua tnggu kau!’
Mesej daripada Halim itu dipandang lama. Dia teringat akan pesanan Fazrin yang ingin dia berhenti daripada terus menjadi mat rempit. Bintang Fazrin tadi direnungnya lagi. Dia terfikirkan sesuatu, dan dia nekad! Dia akan melakukannya. Lalu, mesej Halim itu dibalas.
‘ Yup! Aku join! Sepuluh mnit lg aku smpai!’
Dengan pantasnya juga Ridz berlari turun ke bawah.

“Bila aku pandang bintang,
Dia masih berkelip,
Bila aku pandang awan,
Dia tetap bergerak,
Tapi… bila aku pandang kau,
Hati aku berhenti!” – Ridz

Friday, 10 August 2012

Bintang Fazrin_3


MEJA, kerusi, langsir, tingkap dan pintu. Semua dipandangnya. Kosong. Bosan. Sunyi. Itu yang dirasanya. Berkampung di hospital adalah salah satu perkara yang terjadi dalam hidupnya yang paling dibenci. Hari-hari tiada apa yang boleh dilakukan. Semuanya terbatas dan tersekat. Siapa yang ingin hidup begitu? Pagi, sarapan dihantar dan akan dimakannya. Begitu juga tengah hari dan malam. Memang membosankan. Bahkan, dia dapat mengagak pada jam berapa jururawat yang bertugas akan menolak troli berisi makananya.
Bukannya tiada siapa-siapa yang datang menjenguknya, tapi dia yang tidak mahu dijenguk. Dia sendiri yang menetapkan waktu melawatnya yang dibenarkan. Dia mahukan privasi dan ketenangan. Alasannya cuma satu, dia berasa kekok apabila semua orang terlampau mengambil berat tentang dirinya. Bukannya dia tidak berasa dihargai, tetapi dia tidak menginginkan semua itu. Mungkin orang akan mengatanya bodoh. Sekurang-kurangnya dia tidak menipu rasa hatinya sendiri. dia benar-benar tidak selesa dengan layanan itu.
Sedang dia termenung, kedengaran pintu wadnya diketuk dari luar. Rasa hairan bertamu di hati. Takkanlah nurse pula yang mengetuk pintu sebelum masuk. Selama ini tidak pernah pun berketuk-ketuk. Biasanya main redah je. Tanpa memikir panjang dia pun menjerit,
“ Masuk!”
Pintu ditolak dari luar. Dia menjenguk gerangan siapakah yang mengunjunginya. Apabila terjengul muka Ridz di situ, dia buat muka tidak berminat. Ridz masih lagi bertongkat. Tetapi dia tidak mengenakan seragam hospitalnya. Dia nampak santai dengan t-shirt dan seluar pendek separas lutut dan menampakkan buku lalinya yang masih berbalut. Lelaki itu menghampiri katilnya.
“ Hai! Lama tak nampak?” sapa Ridz.
“ Baru dua hari kau tak nampak aku kau dah kata lama? Agaknya seminggu pun kau rasa macam setahunkan?” jawab Fazrin sambil menyindir.
“ Haish kau ni. Sensitif terlebihlah pulak. Aku saja-saja tanya nak bergurau mesra pun tak boleh?” kata Ridz pula.
“ Lantak kaulah. Hm, apa kau nak? Tiba-tiba menyemak pulak kat sini?”
“ Amboi, kasarnya dialog? Aku nak ajak kau pergi satu tempat,” jawab Ridz ceria.
Fazrin mengerutkan dahinya. “ Pergi mana?”
“ Adalah. Tapi masih lagi dalam hospital ni lah. Aku nak tunjukkan kau sesuatu.” Ridz masih lagi berahsia.
“ Ek eleh. Setakat dalam hospital ni apa lagi yang kau nak rahsia-rahsia dengan aku? Nak tunjukkan aku apa? Bilik mayat?” balas Fazrin.
“ Tak ada kerjanya aku nak pergi jengah bilik mayat tu. Dahlah, tak payah nak banyak bunyik. Ikut aje lah. Kau pun tengah bosankan?” ajak Ridz.
Fazrin terdiam sejenak. Cuba menimbang-nimbangkan cadangan Ridz. Akhirnya dia bangun dan mengikut Ridz. Malas ingin banyak soal. Betul juga kata-kata Ridz, dia memang tengah dilanda monsun angin kebosanan.

INGATKAN kemanalah Ridz ingin membawanya. Rupanya di taman hospital ini sahaja. Hilang perasaan teruja Fazrin sebentar tadi. Mereka berjalan lagi sehingga tiba di tempat yang mereka duduk dua hari yang lalu. Tetapi kerusi taman itu tidak kosong. Ia dipenuhi belon yang berwarna-warni yang bergantungan dan talinya diikat di pemegang kerusi tersebut. Fazrin agak pelik dengan situasi itu, namun dia diam sahaja.  Sebaik sahaja sampai di kerusi yang meriah dengan belon-belon itu, barulah Fazrin membuka mulut.
“ Siapa yang letak belon-belon ni? Ada birthday party ke?”
Ridz tersenyum. “ Asal nampak belon je birthday party? Tak boleh fikir yang lain ke?”
“ Habis tu? Takkan aku nak kata majlis tahlil pulak!” bentak Fazrin bengang.
“ Perlu ke sebut pasal majlis? Kalau saja-saja nak letak tak boleh ke?” Ridz masih lagi ingin berteka-teki.
“ Eh kau ni banyak pulak soalnya. Aku balik kang!” ugut Fazrin sekaligus menyerah kalah dengan teka-teki Ridz.
“ Okey,okey. Kau duduk dulu. Aku nak ceritakan sesuatu ni. Yang pasti kau takkan menyesal sebab ikut aku sampai sini,” beritahu Ridz. Fazrin mengambil tempat duduk manakala Ridz terus berdiri di hadapannya.
“ Dulu, masa aku kecik, aku selalu buli seorang budak perempuan yang jual belon dekat depan rumah aku. Kau nak tahu apa yang aku buat dekat dia?” Ridz memulakan ceritanya.
“ Kau nak cakap dengan aku yang kau selalu buli dia, lepas tu kau jatuh hati kat dia, then sekarang kau dah terpisah dengan dia. Kau kumpul belon ni semua sebab teringatkan dia. Macam tu? Malaslah aku nak dengar cerita jiwang-jiwang karat ni. Buang karen je,” jawab fazrin panjang lebar dengan muka yang tidak berminat.
“ Kau ni, aku tanya sepatah kau dah jawab tiga perenggan. Sabarlah sikit. Tak ada maknanya aku nak cerita-cerita jiwang ni. Bukan jiwa akulah,” nafi Ridz.
“ Habis tu? Cerita ajerlah!” balas Fazrin.
“ Aku selalu guntingkan tali-tali belon dia sebab aku suka tengok belon tu terbang ke atas. Sampaikan hari-hari bapak aku kena bayar ganti rugi,” sambung Ridz.
Fazrin tersenyum sinis. “ Dah tak ada benda lain ke kau nak buat? Suka benor menyusahkan orang. Hish…” kutuknya.
“ Aku tak kisah. Janji aku happy.”
“ Okey. Lepas tu apa tujuan kau letak belon banyak kat sini?”
“Nah!” Ridz mengeluarkan dua batang marker dari poket belakang seluarnya dan menghulurkan salah satu pada Fazrin. Dengan kening yang hampir bertaut, Fazrin menyambut huluran tersebut.
“ Nak buat apa ni?” tanyanya.
“ Budak perempuan tu ada ajar aku sesuatu. Benda nilah yang aku nak share dengan kau. Kejap ea…” Ridz mencabut sebiji belon yang elok terikat di kerusi itu dan memberinya kepada Fazrin. Kemudian, dia mencabutnya lagi dan meletakkannya di atas riba.
“ Aku nak kau tulis apa yang kau rasa sekarang pada belon ni,” beritahu Ridz.
“ Lepas tu?”
“ Lepas tu kita akan lepaskan belon ni.”
“ Untuk apa?”
Ridz menarik nafas. “ Kalau kita lepaskan belon ni, mana dia pergi? Ke ataskan? Lepas tu berkemungkinan besar dia akan pecah. Jadi, kita tulis apa yang kita rasa pada belon ni dan lepaskan dia. Lepas tu, kita kena percaya yang belon ni akan pecah macam yang kita percaya apa yang kita tulis tu akan jadi kenyataan.”
“ Macam mengarut je?” balas Fazrin ragu-ragu.
“ Aku nak kau percayakan ketentuan Allah. Kalau kita lepaskan belon ni, kita akan fikir yang dia akan naik ke atas. Tapi, tak semuanya macam tu. Mungkin nanti ada belon ni yang tersangkut pada pokok ataupun terbang ke lain atau pecah tanpa sempat naik ke atas.  Aku nak kau ibaratkan belon ni adalah impian kau. Sama ada ye naik ke atas, tersangkut atau pecah, itu semua ketentuan Allah dan kau tak boleh nak ubah lagi.  Kalau tak nak ia pecah, lepaskan dia betul-betul pada masa dan tempat yang sesuai. Bukan ke kita kena lepaskan impian kita pada masa yang betul?” Ridz mengakhiri penjelasannya yang penjang lebar dengan soalan.
“ Tapi, bukan ke kalau dia naik ke atas pun dia akan pecah?”
“ Sekurang-kurangnya ia sempat naik ke atas. Mungkin masa tu dia pecah pada masa yang betul.” Begitu mendalam maksud kata-kata Ridz. Terdiam Fazrin mendengarnya. Akhirnya dia mengangkat bahu dan membuka penutup marker lantas mencoretkan sesuatu di atas belon yang berwarna kuning itu. Ridz  tersenyum melihat respon dari Fazrin. Lalu, dia pun berbuat perkara yang sama.
Usai menulis di belon pertamanya, Fazrin menunjuk belon itu kepada Ridz. Ridz berpaling dan membaca nota Fazrin.

‘ Aku harap mamat tu akan bagitahu aku kenapa dia buat semua ni.’

Ridz tersenyum. Dia mencoretkan sesuatu di belonnya dan menunjukkan belon itu pada Fazrin pula.

‘ Aku harap aku akan ingat untuk bagitahu minah tu kenapa aku buat semua ni. :p’

Fazrin mencebikkan bibirnya. Dia mencapai pula belon yang kedua. Baru sahaja mata marker itu menyentuh kulit belon tersebut, POP! Belon itu pecah. Berderai ketawa kedua-duanya. Makin lama, makin seronok pula dua sahabat itu menulis di atas belon yang berwarna-warni. Ada kalanya mereka saling menunjukkan apa yang mereka tulis di belon.  Tidak kurang juga mereka saling mengejek atau mentertawakan tentang apa yang ditulis di atas belon masing-masing.
Hingga ke belon yang terakhir Fazrin begitu khusyuk menulis sambil tersenyum-senyum. Kemudian dia menunjukkan belon itu kepada Ridz. Apa yang ditulis di belon itu ialah:

‘ Aku nak Ridz berhenti merempit. Sebab nanti dah tak ada orang nak tolong bawak dia pergi hospital. Dalam dunia ni aku jer yang baik hati nak tolong dia.’

Walaupun kelihatan seperti dia sedang bergurau, namun dia serius tentang apa yang ditulisnya. Dia tidak mahu anak muda seperti Ridz menjadi sampah masyarakat.
Ridz tidak berkata apa tentang mesej Fazrin itu. Sebaliknya dia menunjukkan pula belon terakhirnya pada Fazrin yang bertulis;


‘ Aku harap Fazrin sembuh sebab aku nak dia tahu, di sebaliknya hujan yang lebat, masih lagi ada mentari!

Tersentuh pula Fazrin membacanya. Dia dapat mengagak, Ridz melakukan ini untuk  mengembirakkanya setelah mengetahui tentang kisah sedih hidupnya semalam.
“ Dah siap?” soalan Ridz menyetakkan Fazrin. Dia mengangguk dan mengikut Ridz yang sudahpun berdiri dan berjalan beberapa langkah ke hadapan sambil membawa ‘belon harapan’ mereka. Fazrin berdiri beberapa meter jauh dari Ridz.
“ Okey, kita lepas sama-sama. Satu,” Ridz menghitung.
“Dua,tiga!”
Berebut-rebut belon yang pelbagai warna itu terbang ke atas. Ada yang saling berlaga. Tapi, semuanya naik ke nun awan yang tinggi. Fazrin dan Ridz sama-sama mendongak melihat ‘belon harapan’ mereka yang sedang naik ke atas. Mengharapkan ia pecah ketika berada di tempat yang betul-betul tinggi!
Fazrin akui, seronok pula rasanya melihat belon yang berwarna-warni itu naik ke atas. Mungkin inilah perasaan yang Ridz rasa ketika melihat belon-belon itu menari-nari di kaki awan. Tidak hairanlah jika lelaki itu menyukainya. Sekarang, mungkin dia pula yang sudah mula menyukai perkara yang sama. Tanpa sedar bibirnya membuahkan senyum. Tenang! Lega! Itulah yang dirasakannya di petang hari yang ditemani sang bayu petang! Betul kata Ridz, dia memang tidak menyesal kerana mengikutnya. Ya! Dia tidak akan menyesal!

Thursday, 9 August 2012

Bintang Fazrin_2


PANAHAN cahaya yang menerobos masuk menerjah matanya menyebabkan dia mengelip-ngelipkan matanya berulang kali. Terasa silau sungguh melihat cahaya lampu kalimantang itu. Tambahan pula dia duduk di dalam bilik yang bercat putih. Apabila pandangan matanya sudah dapat menerima panahan cahaya, barulah dia dapat melihat keadaan sekelilingnya. Melihat sahaja bilik ini, dia dapat mengagak bahawa dia sekarang berada di dalam hospital. Kejadian semalam masih segar di ingatannya.
Ternyata dia tidak keseorangan. Ada seorang jururawat sedang mengemaskan meja kecil disebelah katilnya. Bunyi katil yang berkeriut menyebabkan jururawat yang kusyuk mengemas itu berpaling memandangnya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat pesakit yang cukup dikenali itu.
“ Selamat pagi Encik Haris. Encik Haris nak sarapan? Nanti saya boleh hidangkan,” sapa jururawat yang memakai tanda nama Aishah itu mesra.
Haris mengeleng. “ Tolong ambilkan saya air. Saya dahaga. Boleh ambilkan tongkat tu?”
Aishah menuang air putih ke dalam gelas dan menghulurkannya kepada Haris. Selepas itu dia mengambil pula tongkat yang tersandar elok di dinding. Dia memerhatikan Haris yang rakus meneguk air itu seolah-olah sudah setahun tidak diberi minum. Kemudian dia menyambut pula huluran gelas yang sudah kosong daripada Haris.
Dengan bantuan tongkat, Haris perlahan-lahan bangun dan turun dari katilnya. Aishah berasa was-was untuk membantu kerana dia tahu, pesakitnya ini lain sikit perangainya. Sebagai langkah yang lebih baik adalah, tengok sahaja.
“ Encik Haris pasti ke ni? Kaki encik tak boleh banyak bergerak sangat. Nanti lagi teruk,” pesan Aishah lembut walaupun di tahu nasihatnya hanya ibarat dicurahkan air di daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri tanpa sempat singgah di kepala otaknya.
Haris hanya mendiamkan diri sehinggalah dia berada di luar biliknya. Dia berpaling dan memandang jururawat yang menjaganya tadi.
“ Jangan risau, saya okey. Lagi satu, jangan panggil saya Haris. Nama saya Ridzwan. Just call me Ridz.”
Jururawat itu hanya terkebil-kebil sambil melihat Ridz yang semakin menjauh meninggalkan kamar wadnya.

Dengan bantuan tongkat, Ridz berjalan dari satu koridor ke koridor yang lain. Nama yang berlegar-legar di dalam kepalanya sekarang membawa dia mengikut sahaja gerak langkah kakinya. Tiba di hadapan bilik 35A dia berhenti lantaran nama yang disebut oleh satu suara terdengar di pendengarannya. Nama yang sekarang sedang berlagu di dalam kepalanya. Lantas dia menelinga di hadapan pintu yang bertutup itu.
“ Fazrin, ni umi ada bawakkan nasi lemak. Faz belum sarapan lagikan? Nanti makan ye, tak elok biarkan perut tu kosong. Nanti masuk angin.” Kedengaran suara wanita yang begitu lembut sedang berkata-kata.
Ridz menunggu suara lancang itu menjawab kata-kata wanita itu, namun hampa. Suara itu tidak kedengaran. Bosan dengan perbualan yang tidak menarik itu, Ridz mengundur setapak ke belakang. Tanpa sedar dia hampir terlanggar seorang jururawat yang kebetulan sedang lalu di belakangnya.
“ Eh, sorry. Saya tak sengaja. Tak nampak,” kata Ridz kelam-kabut.
Jururawat itu hanya tersenyum manis. “ Tak apa, saya okey. Encik tak apa-apa ke?”
“ Saya okey. Tapi, boleh saya tanya sikit?” kata Ridz.
“ Ya, boleh. Encik nak apa-apa ke?”
“ Saya nak tanya, awak tahu patient dalam ni sakit apa?”
“ Oh Fazrin. Dia dah lama jadi patient di sini. Dia salah seorang pesakit kanser. Dia menghidap kanser hati dan sedang menunggu penderma organ. Kanser dia sekarang dah sampai tahap 3,” jawab jururawat itu. Sayu sahaja kedengaran suaranya.
Ridz terkedu seketika. Kanser? Bukannya penyakit yang calang-calang tu. Penyakit yang diibaratkan sebagai pintu gerbang kepada maut.
“ Encik….” Panggilan jururawat itiu mengembalikan Ridz ke dunia nyata.
“ Er, terima kasih nurse,” ucap Ridz. Jururawat itu hanya mengangguk sambil tersenyum sebelum melangkah pergi.
Ridz duduk di salah satu bangku yang disediakan sepanjang koridor itu. Makin banyak pula soalan-soalan yang tercoret di benaknya. Semalam aku ada dengar, nurse tu cakap yang minah tu lari dari hospital. Kalau dah sakit kritikal macam tu, kenapa pulak di lari dari hospital? Pelik betul minah ni. Sempat lagi Ridz mengutuk.
Bunyi pintu berkeriut menyebabkan Ridz mendongak. Kelihatan sepasang suami isteri baru sahaja melangkah keluar dari bilik Fazrin. Mungkin mereka mahu ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ridz masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia berkira-kira sendiri sama ada mahu masuk atau tidak untuk menemui Fazrin. Sesungguhnya dia ingin berterima kasih atas kesudian Fazrin membantunya semalam. Jika dia lewat di hantarkan ke hospital semalam, sudah tentu hari ini dia akan terbaring kaku kerana dia telah banyak kehilangan darah.
Sedang Ridz sibuk melayani monolongnya, sekali lagi kedengaran bunyi pintu ditolak. Ridz mendongak dan dia melihat Fazrin sedang berjalan keluar sambil membawa sebuah kotak sederhana besar berwarna biru. Tanpa bertangguh Ridz terus bangun dari duduknya dan mengejar langkah Fazrin.
“ Eh! Tunggu sekejap!” laung Ridz dari belakang.
Fazrin berpaling dengan kening yang terjongket ke atas. Dia hanya memerhatikan Ridz yang terhincut-hincut berjalan menghampirinya.
“ Kau. Hidup lagi rupanya. Kau nak apa?” selamba Fazrin bertanya.
“ Kau nak pergi mana?” tanpa menjawab soalan Fazrin Ridz bertanya semula.
“ Aku nak peri melawat rumah aku ni. Kenapa?”
“ Aku nak ikut. Aku tak pernah masuk hospital ni, jadi aku nak kenallah kawasan hospital ni,” bohong Ridz. Padahal inilah hospital di mana ayahnya pernah ditempatkan untuk bertugas di sini. Apalah salahnya, dia hanya ingin mengenali Fazrin.
“ Lantak kaulah. Hospital ni pun bukannya aku yang punya,” kata Fazrin sambil menyambung semula langkahnya yang terhenti tadi. Dia tahu, Ridz hanya mengikut dibelakangnya.
Setelah membelok beberapa kali ke kiri dan ke kanan, akhirnya mereka berdua berhenti di hadapan wad kanak-kanak. Seperti biasa, Fazrin menolak pintu kaca yang berkilat itu dan terus masuk kedalamnya diikuti oleh Ridz. Bagi Fazrin, wad ini sudah biasa dikunjunginya. Namun bagi Ridz, ini adalah kali pertamanya kakinya dijejakkan di sini. Terpegun sebentar dia melihat dinding-dinding yang cantik bercat dengan mural kartun-kartun yang terkenal. Warna cadar dan bantal pesakit juga sungguh meriah sekali. Sesuai dengan penghuni kecilnya.
Ridz hanya melihat Fazrin yang leka mengagihkan barangan dari dalam kotak yang dibawanya tadi kepada kanak-kanak yang terdapat di dalam wad ini. Lalu, Ridz mengambil tempat duduk di atas sofa yang terletak bersebelahan dengan pintu masuk tadi. Memandangkan dia tidak ada apa-apa untuk dibuat, dia hanya memerhatikan Fazrin yang sedang mengagihkan pelbgai barang dari dalam kotak yang dibawanya tadi kepada penuhuni-penhuni kecil di sini. Banyak juga barang yang dikeluarkan dari kotak yang sederhana besar itu. Apa yang dapat Ridz lihat, Fazrin mengeluarkan komik, novel dan pebagai lagi buku yang lain. Tidak kurang juga boneka-boneka dan anak patung yang comel. Ralit sebentar Ridz memerhatikan suasana yang ceria itu.
Hampir 20 puluh minit juga dia menunggu Fazrin menghabiskan kerja amalnya. Akhirnya Fazrin mengemaskan kotaknya yang sudah kosong itu dan berjalan ke pintu. Melihat Fazrin yang sedang berjalan pergi itu, Ridz dengan pantasnya juga bangun dari duduknya dan mengikut Fazrin. Berada di koridor itu, Fazrin berjalan dengan pantas sekali. Pada awalnya Ridz hanya mengikut tanpa mengeluarkan suaranya. Tetapi, melihat Fazrin yang semakin jauh, dia memangil juga.
“ Eh,tunggu la kejap!” jeritnya.
Fazrin berhenti dan berpaling ke belakang. “ Kau ni dah tak ada kerja lain ke? Rajin pulak nak mengekor aku ke hulur-hilir?”
Ridz berjalan selaju mungkin untuk berdiri di hadapan Fazrin yang jauh sedepa darinya.
“ Aku bosanlah duduk sorang-sorang dekat hospital ni. Kau aje yang aku kenal. Aku kacaulah. Kenapa? Tak boleh?”
“ A’ah. Aku tak kenal kau,” jawab Fazrin pendek.
“ Erm, kalau macam tu biar aku kenalkan diri aku. Nama aku Ridzwan. Tapi, panggil Ridz je. Nama kau Fazrin kan?” kata Ridz.
“ Dah tahu buat-buat tanya pulak.” Fazrin menjawab acuh tak acuh dan mula mengorak langkah semula. Seperti tadi, Ridz hanya mengikut.  Entah kemana destinasinya Ridz tidak tahu. Yang dia sedang fikirkan sekarang, macam mana hendak memulakan perbualan dengan Fazrin yang amat becok semalam. Tetapi hari ini mulut itu tertutup pulak.
“ Aku nak tanya sikit boleh?” Ridz memulakan pertanyaan.
“ Erm??” balas Fazrin.
“ Mana kau dapat barang untuk derma pada budak-budak tadi?” tanya Ridz.
“ Itu semua barang-barang aku.” Pendek jawapan Fazrin.
“ Barang-barang kau? Habis tu kenapa derma? Nampak macam barang baru je?”
“ Orang yang dah nak mati macam aku ni, dah tak ada guna laginya nak simpan barang-barang tu. Daripada kena buang nanti, baik aku derma. Tambah saham pahala. Lagi bagus,” jawab Fazrin panjang.
Ridz terkedu. Tak sangka pula jawapan itu yang diterima daripada Fazrin. Terasa hatikah dia? Atau soalannya menguris hati.
“ Aku tak maksudkan macam tu. Cuma aku tengok barang-barang yang kau derma tu macam barang-barang yang baru aje lagi. Sebab tu aku hairan, aku tanyalah,” jelas Ridz.
Ketika itu, mereka sudahpun sampai di taman belakang hospital. Pagi-pagi begini, memang ramai pesakit berlegar di sini. Ada yang berjalan-jalan, membuat senaman tak kurang juga yang menikmati sarapan di luar. Fazrin mengambil tempat duduk di atas bangku taman yang kosong. Sekadar untuk mengambil angin yang sedang bertiup lembut. Ridz tidak duduk, sebaliknya dia hanya bediri di sebelah kerusi yang diduduki Fazrin.
“ Barang baru atau lama pun, aku dah tak nak guna. Takkan nak simpan jadik pekasam?” barulah Fazrin menjawab soalan yang tergantung tadi.
“ Aku dapat rasakan yang barang-barang tu hadiah dari kawan-kawan dan keluarga kau kan?”
“ Bukan setakat kau aje, semua orang pun akan fikir macam tu. Sesiapa aje yang sakit, berebut-rebut orang nak bagi hadiah dan macam-macam lagi. Macam tak sabar-sabar nak tunggu orang tu mati aje,” luah Fazrin.
Sekali lagi Ridz terdiam dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fazrin. Gadis ini suka benar menyebut perkataan mati.
“ Maknanya, kau nak cakap yang kawan-kawan,keluarga atau orang yang bagi kau hadiah tu tak sabar nak tunggu kau mati? Pelik betul cara kau fikir ni. Dah tentulah dia orang semua buat semua ni untuk ceriakan, untuk hiburkan kau. Dia orang nak kau bersemangat untuk lawan penyakit kau tu. Tak baik kau bersangka buruk pada orang lain.” Tidak semena-mena Ridz memberinya nasihat panjang lebar.
Fazrin tersenyum sinis. “ Kenapa dia orang nak hiburkan aku? Kenapa dia orang ceriakan aku?”
“ Kau boleh tanya soalan tu? Dah tentulah sebab dia orang sayangkan kau,” jawab Ridz sedikit kuat. Masakan Fazrin tidak boleh melihat orang yang menyayanginya? Selama ini dia tidak pernah merasakan kasih sayang dari keluarganya. Sejak usianya meniti awal 20-an ini, seminggu hanya sekali sahaja dia dapat bertembung muka dengan ayah dan ibunya. Itupun hanya untuk beberapa jam sahaja. Jika dia berada di tempat Fazrin, sudah tentunya dia berasa seronok dilayan bagaikan anak emas oleh keluarganya sendiri. Takkanlah Fazrin tidak bersyukur dengan nikmat yang cukup besar itu? Ridz bermonolog serius.
“ Sayang? Sayang yang tak ikhlas?” tanya Fazrin lagi.
Kali ini Ridz mengerutkan dahi dan memandang Fazrin dengan pandangan yang meminta satu penjelasan. “ Apa maksud kau?”
“ Apa kau rasa bila kau sedih, dan kau sorang-sorang? Apa yang kau rasa bila orang tak pernah nak dengar kau? Apa kau rasa bila orang tak pernah nak tolong kau? Apa kau rasa bila orang tak pernah nak fikirkan perasaan kau? Apa juga yang kau rasa bila kau sunyi? Bila kau perlukan teman, tapi tak pernah ada seorang pun yang sudi? Sakitkan?” Fazrin melontarkan soalannya satu-persatu. Seperti tanggapannya, Ridz memang terdiam mendengarnya. Tanpa menunggu jawapan Ridz, Fazrin menyambung lagi.
“ Bila kau dah terlantar sakit, kau tak sedih pun ada orang yang teman. Bila kau sakit, kau tak minta tolong pun orang tetap nak tolong. Bila kau sakit, kau tak minta apa pun, dia orang tetap bagi macam-macam pada kau. Apa maknanya tu? Sayang? Ambil berat? Kalau sayang, kalau ambil berat, kenapa nak tunggu bila dah sakit? Bila dah nak mati? Ikhlas ke tu?”
“ Tapi dia orang bukan orang lain, keluarga kau sendiri jugakkan. Dia orang kawan-kawan kau.” Ridz mencelah.
“ Tittle keluarga bukan lesen untuk perasaan tu jadi ikhlas. Yang penting hati. Selama ni, aku harapkan perhatian daripada dia orang. Tapi harapan aku tu cuma tinggal harapan sampaikan aku dah tak nak lagi perhatian dia orang. Aku nak dari mula-mula aku hidup, aku sentiasa di temani. Aku tak dia orang teman aku dekat tepi katil hospital. Aku tak nak! Tapi itulah yang dia orang bagi pada aku. Dia orang tak bagi apa yang aku nak, sebaliknya dia orang bagi apa yang aku tak nak. Aku redha, dan kalau berpeluang, aku memang nak ucapkan terima kasih sebab dia orang masih lagi terbuka hati untuk teman aku. Biar pun dia orang buat semua tu semata-mata sebab kesiankan aku,” luah Fazrin lagi. Air mata yang gugur secara spontan diseka lembut.
Ridz hanya mendiamkan diri. Dia cuba merumuskan kata-kata Fazrin dan memahaminya. Selama ini, Ridz tidak pernah dibelai ataupun bergurau mesra dengan ibu bapanya. Makan pakainya semua diserahkan kepada orang gaji yang langsung tidak ada pertalian darah. Dilahirkan sebagai anak kepada seorang pakar perubatan dan ahli perniagaan bertaraf antarabangsa langsung tidak memberinya secebis kebahagiaan. Meskipun,harta dan kekayaan melimpah-ruah. Dia lebih rela hidup sebagai mat rempit dan menyara hidup dengan hasil titik peluhnya sendiri. Asalkan dia tidak kesunyian dan kesepian. Yang penting jiwanya terisi.
Terlintas di fikiran Ridz, andai dia yang terlantar sakit dan menghitung hari hidupnya, mungkinkah saat itu ibu bapanya sanggup meninggalkan urusan kerja yang bernilai jutaan ringgit deminya? Mungkin orang akan pandang itu sebagai satu pengorbanan ibu bapa terhadap anaknya. Tapi persoalannya, kenapa baru waktu itu? Kenapa baru hendak menghadiahkan pengorbanan di hujung-hujung nyawa anak sendiri? Manusia memang suka menyesal di kemudian hari. Andai mereka ikhlas sekalipun, mereka mungkin terlambat.
Bunyi esakan Fazrin menyedarkan Ridz dan mengembalikannya ke alam nyata. Dia menoleh memandang Fazrin yang sedang mengelap mukanya yang basah dengan air mata. Dia jatuh kasihan kepada seraut wajah itu. Fazrin mungkin belum puas untuk hidup lagi di muka bumi ini. Tapi, dia sudahpun menggalas dugaan hebat.
“ Tak pasal-pasal pulak aku menangis depan kau,” kata Fazrin tiba-tiba.
“ Kenapa? Malu?” tanya Ridz.
“ Taklah. Rasa macam tak patut pun ada,” jawab Fazrin.
“ Tak patut? Kenapa pulak?”
“ Aku tak kenal kau. Tup-tup aku buat sesi luahan perasaan pulak dengan kau. Memang peliklah tu kot.”
“ Tak ada yang peliknya. Kau tu mulut tempayan kot. Tak reti nak simpan rahsia sendiri. Dengan orang yang kau tak kenal pun kau boleh cerita.” Ridz berkata selamba.
Fazrin tersentap dengan kata-kata Ridz. “ Kurang ajar. Celopar betul mulut kau ni ek? Mengidam nak kena ganyang ke mulut tu?  Cis, menyesal aku!”
Ridz tersenyum. Tercetus di hatinya, Fazrin memang seorang yang tabah. Baru tadi dia menangis, kini sudah boleh berlaser dengannya pulak. Ridz makin seronok untuk ‘berdebat’.
“ Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata menyesal tak sudah,” balas Ridz.
“ Hish, bila masa pula aku main perahu ni? Tak payah nak berperibahasa sangatlah. Baik aku masuk makan lagi bagus!” balas Fazrin seraya bangun dari duduknya.
“ Kesian aku…” keluh Ridz tiba-tiba. Satyu benar nada suaranya. Fazrin memandangnya.
“ Kenapa pulak kau ni?”
“ Dari tadi aku berdiri tadah telinga. Tak ada yang nak pelawa aku makan. Belanja-belanja minum ke,” keluh Ridz lagi.
“ Jangan nak banyak songeh. Kau tu yang mengada-ngada nak mengekor aku. Lagi satu, siapa yang suruh kau berdiri dekat situ? Ada aku suruh? Takkan? Lepas tu, aku tak suruh pun kau dengar apa yang aku cakap tadi. Tapi, kau tu yang memang busybody. Macam pompuan!” bebel Fazrin.
Ridz tidak ambil peduli jauh sekali untuk ambil hati. Mulut becok Fazrin yang hilang tadi sudah ditemui. “ Yelah, aku jelah yang salah. Dahlah, dari layan kau bukannya kenyang pun. Baik aku masuk makan. Lagi bagus.”
Fazrin mengetap gigi menahan geram. Lantas dia berjalan menyaingi Ridz. “ Nasib baiklah aku ni baik hati lagi. Kalau tak. Aku patahkan kaki kau tu biarkan kau merangkak masuk dalam hospital! Dahlah, memang tak ada guna bertekak dengan kau ni. Lambat!”
Dia berjalan laju dan meninggalkan Ridz keseorangan di belakang. Ridz tersenyum lebar. Tidak salah keputusan yang di ambilnya tadi untuk mengenali Fazrin. Dia senang dengan gadis itu. Hatinya terasa sesuata. Rasa apa itu? Biarlah rahsia.
Dia meranangkan sesuatu. Memandangkan dia belum mengucapkan lagi ucapan terima kasihnya pada Fazrin, jadi dia akan mengucapkannya dengan cara yang tersendiri. Tanpa sedar dia tersenyum lagi. Tidak sabar rasanya menanti esok. Namun, perutnya yang sudah berkaraoke minta diisi harus dilayan dahulu. Lantas dia berjalan semula menuju ke wadnya. Waktu makan tengah hari sudah tiba!

Bintang Fazrin_1



SUASANA didalam kelas yang bagaikan pasar tidak menganggu tumpuannya membelek senaskah majalah yang dipinjam dari rakannya pagi tadi. Apa yang pasti, dia begitu tertarik dengan bahagian gadjet yang terdapat di dalam majalah itu. Helaian majalah yang memaparkan iklan-iklan telefon bimbit dibeleknya dengan penuh minat. Sejak telefonnya dahulu rosak, dia sudah lama mengidamkan telefon baharu. Tambahan pula, telefon masa kini semakin canggih dan menarik. Tetapi dia tidak memilih yang harganya mencecah ribuan ringgit. Cukuplah yang biasa-biasa sahaja. Dia bukannya lahir di atas dulang emas dan mampu memiliki segala yang diinginkan.
“ Hoi!! Faz?? Kau tengok apa tu?” Entah suara siapa yang memanggilnya itu. Namun, kuatnya mampu mengugurkan jantung. Fazrin berpaling ke belakang. Ternyata Zizi yang memanggilnya dari luar kelas. Rakannya itu hanya tersengih menayangkan giginya.
“ Yang kau menjerit-jerit tu kenapa? Kacau betullah,” rungut Fazrin dengan suara yang hampir sama kuatnya dengan suara Zizi tadi. Majalah tadi dibeleknya semula. Tidak lama selepas itu, kerusi di hadapannya diduduki oleh Zizi.
“ Apa yang kau tengok tu? Khusyuk semacam aje?” Zizi menyoal. Majalah dipegangan Fazrin ditinjaunya sedikit.
Fazrin diam. “ Oh, majalah handphone rupanya. Nak beli yang baru ke?” soalan Zizi kedengaran lagi.
Barulah Fazrin mendongak. Dia tersenyum dan mengangguk. “ A’ah. Susahlah tak ada handphone. Aku ingat nak minta mak aku belikan. Lagipun, tak lama lagikan birthday aku.”
Zizi meletakkan jari telunjuknya di dagu seolah-olah sedang berfikir. “Yelah. Hari ni 20 haribulan satu. Hari jadi kau 25 haribulan kan?”
“ Ye, pandai kau.” Fazrin membalas. Belum sempat mereka ingin bersembang lagi, ustazah Sakinah telah pun melangkah masuk ke dalam kelas. Zizi dan pelajar yang lain kelam-kabut kembali ke tempat masing-masing. Fazrin lekas-lekas menyimpan kembali majalah tadi ke bawah meja.


FAZRIN memangkah nombor empat di kalendar bulan Mac dua ribu dua belas. Setiap hari dia menghitung hari dan menanti tarikh di mana sekolah akan ditutup. Baginya, alam yang paling membosankan adalah alam persekolahan. Meskipun kebanyakkan pelajar menganggap tahun di tingkatan empat merupakan tahun untuk berbulan madu. Tetapi baginya yang merupakan pelajar harapan sekolah, setiap hari dia mesti memberikan komitmen yang baik dalam pelajaran dan menunjukkan prestasi yang baik dalam setiap peperiksaan.
Suasana di dalam kelas tanpa seorang guru pastinya hingar bingar. Dia tidak hirau dan tidak ingin turut serta rakan-rakannya yang sedang sibuk bersembang seperti mak cik-mak cik di kawasan perumahannya. Dia merenung ke luar tingkap, hari ini hatinya keluh kesah.  Semalam dia baru sahaja menerima keputusan pemeriksaan kesihatannya di hospital. Apa yang diterimanya sungguh mengejutkan. Tetapi dia tidak tahu kepada siapa ingin dia meluahkan rasa hatinya yang sedang gundah-gulana ini.
Ketenangannya yang baru ingin dinikmati diganggu dengan kedatangan Syuhada dengan muka yang sembab dan hidung yang merah. Tanpa diberitahu Fazrin dapat mengagak gadis itu baru sahaja sudah menangis. Fazrin tahu, dia harus bersiap sedia menjadi pendengar yang setia untuk Syuhada. Selama ini, rakan-rakannya tidak pernah menbuka telinga untuk mendengarnya, tetapi biarlah dia yang menjadi pendengar setia untuk teman-temannya.



Beberapa  bulan kemudian…

Jam sudahpun menunjukkan tepat pukul 6.30 petang. Lagi satu jam, pastinya azan maghrib akan berkumandang. Fazrin mendongak memandang langit yang beransur kelam. Meskipun berjalan berseorangan di sini, dia tidak gentar kerana kereta tidak putus-putus di atas jalan raya. Bukan sahaja kereta, mat-mat motor yang sedang merempit juga tidak ketinggalan. Pelbagai gaya dan aksi yang mereka tunjukkan meskipun orang lain hanya akan mencaci dan memaki mereka. Tidak ketinggalan juga bunyi enjin motor kapcai mereka yang menyakitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.
“ Ish budak-budak ni, tak takut mati ke? Agak-agak dah puas hidup sangat ke?” bebel Fazrin.
Tidak putus-putus motor mat-mat rempit yang lalu disebelahnya. Lajunya motor itu tidak usah ditanya bagaikan pelesit.
“ Mintak-mintaklah ada yang jatuh tergolek depan aku ni seorang. Biar aku sekolahkan dia cukup-cukup. Memang dasar tak ada sivik betullah,” tambahnya lagi.Bagaikan sumpahan si ibu tanggang, kata-kata Fazrin menjadi kenyataan apabila sebuah motor EX5 putih yang sedang memecut laju bagaikan kehilangan kawalan sebelum pemboncengnya jatuh tergolek beberapa meter dari tempat Fazrin berdiri.
“ Aduh!” kedengaran suara mangsa mengerang kesakitan. Darah merah sudah mula keluar membasahi lutut dan sikunya.
Tanpa rasa bersalah dan belas kasihan, Fazrin ketawa terbahak-bahak sambil berjalan menghampiri pemuda yang masih lagi terbaring itu.
“ Amacam bro? Sedap? Sakit tak?” tanya Fazrin dengan nada menyindir.
“ Itulah kau, yang pergi cari penyakit tu kenapa? Nasib tak kena gilis dengan lori balak tadi,” tambah Fazrin lagi sambil ketawa.
Pemuda tadi membuka helmetnya yang berwarna hitam. Dia merenung Fazrin dengan tajamnya. “ Aku sakit pun, ada kena mengena dengan kau ke? Yang kau menyibuk dekat sini kenapa?” balas lelaki itu kasar.
Herdikan lelaki itu tidak langsung mengetarkan Fazrin. Malah, dia mengukirkan senyuman dengan lebarnya lagi.  “ Alah, dia tengah malu, nak marah-marah orang pulak. Jangan risau, tak ada siapa-siapa pun kat sini. Kurang sikit rasa malu kau kan. Yelah, ingatkan teror sangat berlumba tadi, tup-tup tergolek macam nangka buruk yang busuk dekat sini. Malang betul ek?” tambah Fazrin lagi dengan ketawa mengejeknya.
Bertambah bahang di hati lelaki itu dengan kata-kata Fazrin.
“ Eh, perempuan! Kau jangan ingat kau bagus sangatlah. Dah tahu ada orang tengah sakit ni, bukannya reti nak tolong. Ni nak membebel pulak.”
Ketawa Fazrin mati. Lelaki itu direnungnya tajam. “ Kau ni memang kurang ajarkan. Eh, asal kau hidup lagi? Kenapa tergolek tadi tak terus gol je? Sihat menyusahkan orang, dah sakit tak reti nak insaf pulak tu, hairan aku.”
“ Apa yang kau membebel lagi tu? Tak reti-reti ke nak tolong aku ni? Ke kau tak nampak aku yang tengah sakit ni? Rabun?” jerit lelaki itu.
‘ Banyak mulut betul minah ni,’ sempat lagi dia merungut. Kaki, tangan dan kepalanya sudah mula berdenyut-denyut menahan rasa sakit yang teramat.
“ Itulah kau. Orang suruh belajar tak nak. Memang sah muka tak tahu malu, nak minta tolong dengan aku tapi menjerit-jerit. Kau ingat aku ni siapa, bibik? Amah kau? Banyak masa pulak aku nak tolong orang yang tak ada adab macam kau ni. Malam sikit,” balas Fazrin sambil mengorak langkah untuk pergi.
Lelaki itu gelisah. Takkanlah dia ingin berjalan sendiri ke hospital dengan keadaan seperti ini? Rasanya kakinya sudah terseliuh dan teramat sakit. Tambahan pula, lututnya luka agak teruk kerana terseret di atas jalan tadi. Perasaan malu dan ego ditolak tepi dahulu.
“ Wei tolonglah. Aku betul-betul tengah sakit ni, aku Cuma mintak kau tolong panggilkan ambulan aje.” kedengaran suara lelaki itu merintih.
Kasihan pula Fazrin mendengarnya. Dengan rasa perikemanusiaan yang masih bersisa di dalam hati, dia berpaling dan melangkah semula ke arah pemuda yang masih terbaring itu.
“ Kau tak cakap pun, aku tahu kau tengah sakit. Tunggu sekejap,” katanya sambil mengeluarkan telefon bimbit dari seluar jeans yang dipakainya.
Selepas itu, Fazrin duduk bertingung sementara menanti ambulan yang dihubungi sampai.
“ Apa yang kau buat lagi dekat sini lagi?” tanya lelaki itu tiba-tiba.
“ Menghalau nampak. Aku ni manusia yang prihatin tau tak? Takkan aku nak tinggalkan kau dekat sini. Kalau kena makan dek rimau ke, kena larikan dengan bunian ke tak ke naya? Kau ingat aku nak sangat duduk sini maghrib-maghrib ni? Bersyukurlah sikit,” jawab Fazrin panjang lebar walaupun soalan yang ditanya panjangnya tidak sampai sejengkal. Nampak sangat Fazrin ini becok orangnya.
Tetapi, jikalau sesiapa pun yang berada di tempat Fazrin sekarang, pasti akan melakukan perkara yang sama. Siapa yang tega ingin meninggalkan seorang mangsa kemalangan di jalan yang sudah semakin sunyi di remang senja sebegini?
Tidak lama kemudian, Fazrin sudah menampar lengannya yang sudah mula dihinggapi oleh nyamuk yang kelaparan. Dia sudah merungut-rungut sendirian.
“ Hish, banyak betul nyamuk dekat sini. Kau ni pun satu, yang pergi eksiden dekat sini kenapa? Eksidenlah dekat jalan raya ke, ramai sikit yang boleh tolong kau. Ini tak, depan kaki aku nilah kau nak tergolek. Tak pasal-pasal aku pun terbabit sama tercongok dekat sini.” Fazrin yang sememangnya becok itu sudah mula membebel.
Lelaki tadi nampaknya sudah tiada daya untuk mencantas bebelan Fazrin yang sememangya ditujukan kepadanya itu.  Kaki dan kepalanya sudah mula berdenyut kuat. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Lama sungguh rasanya menanti ambulan di saat sedang sakit begini.
Lama suasana di antara mereka senyap sunyi sehinggalah tiba-tiba Fazrin tersedar sesuatu.
“Eh, kalau kau pergi hospital nanti, motor kau macam mana? Nak tinggalkan dekat sini?” dia memandang motor EX5 putih yang tersidai di tepi jalan itu. Tiada kerosakan teruk yang berlaku. Cermin sisinya sahaja yang pecah.
“ Em… biarkan ajelah dekat sini,” jawab lelaki itu lemah.
Fazrin memuncungkan bibirnya seolah-olah sedang berfikir. “ Mana boleh macam tu. Aku telefonkan polis nak?” usulnya.
“ Jangan! Roadtax dengan lesen aku dah mati. Nanti tak pasal-pasal jadik kes polis pulak,” sanggah lelaki itu pantas. Yerlah, siapa yang tidak takut selepas membuat kesalahan jalan raya dan ingin dibawa pula ke polis. Jangan main gilo!
Fazrin ketawa mengejek. “ Lain kali jangan pandai-pandai nak berlumba. Lesen tak ada, sebut polis tahu pulak takut.”
Bunyi siren ambulan yang sayup-sayupp kedengaran menyelamatkan lelaki itu daripada mendengar lagi ejekan dan sindiran Fazrin. Semakin lama semakin kuat bunyinya hinggalah ambulan putih yang bertulisan merah itu berhenti betul-betul di hadapan mereka. Fazrin bangun dari duduknya dan melihat dua orang jururawat lelaki mengeluarkan strecher dari dalam van lantas mengangkat pemuda tadi lalu meletakkanya di atas strecher itu. Dia senyap sahaja hinggalah satu suara dari dalam van itu menegurnya.
“ Eh Fazrin. Bila kamu keluar dari hospital?” tanya jururawat wanita yang berbadan gempal itu.
Fazrin mendongak memandang si empunya suara.
“ Tadi.” Dia menjawab sepatah.
Jururawat tadi mengelengkan kepalanya. “ Saya salah tanya soalan. Bila kamu LARI lagi dari hospital ni?” sengaja dia menekankan perkataan lari.
“ Tadi.” Fazrin menjawab sepatah juga.
“ Ish kamu ni, degil betul. Padanlah dari tadi doktor sibuk cari kamu. Dah naik cepat kita pergi hospital sama-sama. Suka betul menyusahkan orang. Cepat!” arahnya sambil membebel.
Tanpa pilihan, Fazrin menaiki juga van ambulan itu bersama tiga lagi jururawat di dalamnya. Selepas pintu ditutup, bergemalah lagi bunyi siren yang lantang membelah angin senja yang permai itu.

............ANGIN..............

 Alhamdulillah akhirnya The Climb dah pun siap. Cerpen baru menanti untuk dicoretkan. Tapi, sekarang tiba-tiba pulak berminat nak bersajak dan berpuisi.  Tengoklah ada kelapangan InsyaAllah tak segan-segan nak post sajak dan puisi pulak kat sini. Dah nama pun nak belajar-belajar menulis.

Sejak terbacakan buku himpunan sajak karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said perasaan ingin mencuba mencipta sajak sendiri tu membuak-buak. Tambahan pulak sejak kebelakangan ni memang JIWA KACAU habis!! Mana datangnya ilham tu tak tahulah. Tapi tak apa, tak salah untuk mencuba. :D

INI dia puisi pertama! Idea spontan!


............ ANGIN............
katakan pada aku, rasa ini salah,
hembuskan bayumu, bawa pergi rasa ini,
angin, hadirmu memang damai,
namun kesejukkan mu, merimaskanku.
angin! jangan bekukan hati ini,
hanya untuk mu!!


CATATAN:
idea untuk menulisnya tercetus disekolah. Biasanya bila dah tengah hari dekat kelas memang akan dilanda angin yang sangat kuat dan sangat best. Sampaikan boleh sejuk jari.  Kisah kehidupan sendiri juga yang menjadi tema kepada puisi ini.  Sudah pastinya apabila mengenangkan seseorang.

Wednesday, 8 August 2012

The Climb (FINAL2)


10 tahun berlalu…

Gitar yang pelbagai warna, rupa dan jenis aku tatapi satu persatu. Semuanya elok berkilat bergantungan di dinding kedai. Dinding kedai yang berwarna merah dengan lantai coklat ini menampakkan stail mewah kepada kedai yang sudah hampir dua tahun beroperasi ini. Sebenarnya aku sedang kebosanan kerana aku sedang menunggu seseorang yang telah pun dua puluh minit lewat dari masa yang dijanjikan. Nasib baiklah kedai ini dilengkapi dengan penghawa dingin, tidaklah panas sangat rasanya hati ini kerana terpaksa menunggu.
Tidak henti-henti aku membebel hinggalah satu suara menegur, “ Assalamualaikum!! Tuan kedai oh tuan kedai!”
Yup! Memang aku kenal suara itu, suara itulah yang aku tunggu hampir setengah jam! Dengan geram aku melangkah menhampiri pintu kedai. Melihatkan tuan empunya suara yang tersengih-sengih diluar pintu membuatkan aku semakin geram. Tak reti nak bukak pintu sendiri agaknya! Dengan terpaksanya juga aku membuka pintu kaca itu seluas-luasnya.
“ Janganlah bukak pintu ni besar-besar yang. Saya ni kecik je,” katanya.
“ Eh, saya punya tangan, suka hatilah nak bukak besar mana pun. Asal tak roboh pintu ni pun dah cukup bagus,” jawabku selamba.
“ Yelah Puan Dian. Saya salah,” suara itu mengendur.
“ Excuse me encik Adam, saya belum pegang tittle Puan lagi. Jangan nak mengada-ngada panggil Puan Dian pulak,” marahku.
Adam tersengih. “ Tak lama lagi saya panggil Puan Adam ye. Boleh?”
“ Whatever…” jawabku dan terus beredar ke pejabat.
Itulah Adam, rakan sekelas, rakan satu sekolah dan juga merupakan bandmate aku. Kini dia sudah bergelar tunangku pula. Tak lama lagi suamiku. Agaknya sudah jodohku dengan dia. Kedai alat muzik ini juga merupakan usahama kami berdua yang sememangnya cinta akan muzik. Kini aku bergelar seorang guru muzik di sebuah sekolah seni manakala Adam begitu berjaya dengan kerjaya komposernya.
Siapa sangka, dulu begitu susah dan payahnya kami hendak memulakan langkah pertama. Meskipun sering jatuh tersungkur pada awalnya, kami kini sudah boleh bertatih dengan jayanya atas titik peluh sendiri. Joey pula sedang menjalankan band tournya di Amerika bersama anak-anak buahnya yang lain. Mungkin antara kami, Joey sahaja yang lebih berminat di dalam bidang nyanyian. Sam pula, daripada seorang drummer yang hebat, dia telah menjadi guru koir bebas. Di masa lapang adakalanya, dia juga turut mengajar bersamaku.
Bekas pengurus kami, Sir Muslim pula masih lagi bergelar seorang pendidik. Itulah kerjayanya dari dulu dan kini. Mengenangkan semua perkara yang telah aku lalui, rasanya tidak mahu lekang senyuman dari terukir di bibir. Semua kenangan yang indah ketika bergelar pelajar di Sekolah Menengah Muzik Antarabangsa Kuala Lumpur. Kenangan yang dapat dirakam rasanya tidak dapat hendak diceritakan. Pastinya ada badai yang melanda. Berkat sabar kami melaluinya, inilah hasil yang kami dapat sekarang. Sedang enak aku mengimbau kenangan lalu, pinggangku dicocok dari belakang. Hampir terlompat aku jadinya.
Mendengar suara yang sedang ketawa, aku padamkan terus api kemarahanku. Memang tidak ada gunanya memarahi Adam yang sememangnya sungguh ceria kebelakangan ini. Entah ubat apa yang disalah ambilnya, aku pun tak tahu.
“ Termenung apa tu? Kenangkan majlis akad nikah ke? Sabarlah, dah tak lama lagi dah,”usik Adam. Tersengih lebar dia hingga jelas kelihatan lesung pipit di pipi kirinya. Ingat hensem sangatlah tu.
Fail yang berhampiran aku capai dan kupukul lengannya berkali-kali tanpa henti. Setelah bising bilik itu dengan suaranya yang sedang mengaduh, barulah aku berhenti.
“ Aduh! Gurau sikit pun tak boleh? Datang bulan ek? Sensitif semacam je?” tanyanya lagi. Nada suaranya memang langsung tidak serius.
“ Adam! Can you be serious please? Kita dah tak ada banyak masa ni. Nak kumpulkan semua orang bukan kerja yang senang tahu?” kataku serius.
“ Erm?? Kumpulkan semua orang? Untuk apa? Kenapa?” tanyanya bertalu-talu.
Aku menepuk dahi. Rasanya baru semalam aku memberitahunya bahawa aku ingin mengadakan majlis reunion sekaligus dengan majlis resepsi yang akan berlangung dua minggu dari sekarang. Masakan dia sudah lupa? Hish, geramnya!
Melihat aku yang sedang menahan marah itu, segera Adam menyampuk.
“ Oh, ingat! Yang pasal reunion tukan? Don’t worry be happy sayang. Saya dah jumpa semua orang. Ala. KL ni besar mana je pun,” kata Adam dengan lagaknya.
“  Ye ke? Macam mana?” tanyaku teruja. Selesai satu masalah.
“ Minta tolong dengan genie.” Adam tersengih.
Aku mengangkat fail dan bersedia untuk memukulnya semula.
“ Eh tak tak. Guna FB, twitter dan lain-lain. Awak aje yang tak reti guna benda-benda ni.” Dalam dia ingin mengelak pukulanku, sempat lagi dia mengutuk.
“ Okeh, kalau macam tu, jom!” ajakku seraya bangun dan mencapai beg tangan.
Adam mengerutkan dahinya. “ Nak pergi mana? Saya baru sampai ni. Penat pun tak hilang lagi.”
“ Pergi beli persiapan la sayang oi. Takkan nak tunggu last minit pulak. Nanti tak sempat.”
“ Oh, nak beli barang kahwin ek. Cakaplah awal-awal. Dengan rela hati saya menurut. Tak sabarnya,” giat Adam dengan senyumannya.
“ Gatal!” balasku.
Kami berdua berjalan beringan keluar dari The Climb Music’s Store. Nama yang cukup memberi makna kepada kami semua. Kenangan kami yang cuba memanjat impian yang setinggi gunung dan akhirnya tercapai. Kini, kami berada di puncak itu!

                                                              -TAMAT-

The Climb ( FINAL)


AKU dan yang lain-lain duduk di belakang pentas bersama dengan alat muzik masing-masing kecuali Sam. Dia hanya sibuk memusing-musingkan dua batang kayu drumnya. Dalam masa yang sama, telefon bimbitku tidak lepas-lepas aku jenguk. Menunggu SMS dari Danny. Serba tidak kena aku jadinya menantikan perkhabaran dari adikku itu. Adam dan Joey masih dalam ketenangan mereka. Siap boleh bersembang-sembang sambil main game lagi. Sumpah! Aku dengki dengan ketenangan mereka itu. Bunyi muzik yang kuat tidak langsung mengusir kegelisahanku.
Bunyi getaran di tangan memeranjatkan aku daripada terus membelek keadaan sekitar. Mesej dari Danny yang ditungu-tunggu telah sampai. Dengan pantasnya aku membuka mesej tersebut.
‘ Akak. Kita org semua dan OTW. Wait for us okey! ;)’ itulah mesej yang ditaip oleh Danny. Huh, memang lega rasanya. Barulah aku boleh mengukirkan senyuman lega. Lega yang teramat- amat lega! Kelegaanku terganggu dengan cuitan di bahu. Kus semangat! Apabila aku berpaling ke belakang, kelihatan Sir Muslim yang sedang tersenyum sambil mengangkat keningnya.
Dengan gembiranya juga, aku menunjukkan mesej Danny kepadanya.
“ Kan saya dah cakap. Mesti dia orang datang punya. Tapi, suruh dia orang cepat sikit, lepas group ni, group awak pulak. Saya datang ni nak suruh awak semua get ready,” ujar beliau.
Senyum yang terukir mekar tadi, kembali layu. “ Hah! Cepatnya Sir. Nanti dia orang tak sempat nak tengok,” aduku.
“ Suruh dia orang cepat sikit. Nanti terlepas. Sia-sia je awak tunggu dia orang,” cadang Sir Muslim.
Aku terangguk-angguk persis sang Belatuk. “ Okey Sir, saya cuba.”
Tanpa bertangguh lagi, aku menaip mesej untuk dihantarkan kepada Danny.
‘ Danny, sekejap lagi akak dah nk presence. Hurry up!’
‘Okey sis!’
Balas Danny ringkas. Aku mula kembali gelisah. Persembahan dari kumpulan yang aku tidak ketahui namanya ini boleh tahan juga rentak lagunya. Memang meriah. Gamat sekejap ruang dewan ini.

SEPULUH minit berlalu, keluargaku tidak juga muncul-muncul. Perasaan di hati tidak usah ditanya. Sudah dilanda ribut dan tsunami rasanya. Gitar yang sudah tersangkut di bahu makin merimaskanku. Sudahlah aku seperti ayam berak kapur, gitar yang besar ini pula sibuk melekat di badan. Lantas, gitar itu aku letakkan di atas kerusi yang diduduki olehku tadi. Tangan dan dahi sudah mula dibasahi peluh. Kaki pula sudah tidak boleh duduk diam. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Sehinggalah Adam datang menghampiriku.
“ Apa kena dengan kau ni? Nak bersalin ke, sembelit?” Adam menyoal dengan soalan bodohnya.
“ Haha, tak kelakarlah.” Aku mengejek.
“ Kenapa kau ni? Asal gelisah sangat? Padahal kaulah yang bersemangat waja lagi dari semalam. Hari ni dah lemau pulak. Sikit lagi muka kau nak pucat tu. Kang tak pasal-pasal pengsan, tak jadik pula kita nak bertanding.” Adam sudah memulakan bebelannya.
“ Aish kau ni, aku dahlah tengah kusut, kau pulak baik hati nak semakkan lagi kepala otak aku ni. Aku tengah tunggu mak bapak akulah. Dia orang tak datang-datang lagi ni. Tu yang aku tak boleh nak duduk diam ni,” luahku.
Belum sempat Adam menjawab, kami didatangi oleh Joey dan Sam.
“ Eh, Dian. Tu, your parents dah sampai.” Kata Sam sambil memuncungkan mulutnya ke arah kolompok penonton yang ramai. Namun, kelibat Danny, Kak Dayana serta kedua-dua orang tuaku masih dapat kutangkap. Mereka sedang mengambil tempat duduk. Menyedari mereka diperhatikan, Danny mengangkat tangan dan melambai ke arahku. Aku tersenyum dan membalas lambaiannya dengan menunjukkan tanda bagus.
“ Okey semua. Kejap lagi MC akan panggil. Dah siap semua?” sapa Sir Muslim tiba-tiba.
Serentak kami menjawab. “ Ya Sir!”
“ Bagus, kalau macam tu good luck. Sir akan duduk dekat depan.  Do the best!” katanya sebelum beredar meninggalkan kami.
Seterusnya, kami berempat berkumpul. Dengan semangat yang datang tiba-tiba, aku seperti biasa mengambil alih sebagai ketua The Climb.
“ Korang semua dah ready?” tanyaku serius.
Yang lain kesemuanya mengangguk. Aku menyambung lagi, “ Ingat tujuan kita. Ingat, untuk apa kita buat semua ni. Menang atau tak, itu soalan ke-dua. Yang penting, kita kena buktikan pada dia orang kita boleh. Demi masa depan dan harapan kita.”
Kami berempat berjabat tangan bersama, sebelum menaiki pentas apabila pengerusi majlis memanggil. Di atas pentas, bergema tepukan dari rakan-rakan sekolah. Aku mengambil tempat, iaitu di bahagian yang paling hadapan, bersama mikrofon yang tegak berdiri. Adam dan Joey di kiri dan kananku. Hanya Sam sahaja tersorok di belakang dengan set drum yang besar itu.
Kami akan memainkan dua buah lagu iaitu lagu The Climb dengan irama yang diubah oleh aku sendiri. Jika lagu asal nyanyian Miley Cyrus ini dimainkan dengan irama piano, tetapi kami mengubahnya dan memainkannya dengan petikan gitar. Suasana dewan ketika kami mengadakan persembahan sunyi dan sepi. Yang kedengaran hanya bunyi muzik dan suaraku. Tetapi situasi itu tidak lama, apabila Adam memulakan gitar solonya sebelum Sam merancakkan korus lagu dengan pukulan drumnya yang hebat dan rancak. Suasana sunyi tadi bertukar meriah.
Lepas lima minit, persembahan kami tamat. Tepukan penonton memang gamat. Aku merasakan kepuasan yang teramat sangat. Bukan padaku sahaja, juga pada teman-temanku yang lain. Mungkin bagi penonton, persembahan kami sudahpun tamat. Namun, tanggapan itu salah apabila Sam memukul lagi drumnya. Lagu kedua dari kami ialah lagu dendangan kumpulan Spider yang bertajuk Mama. Satu lagi persembahan bertenaga dari kami.
Sekali lagi, kami mendapat tepukan meriah dari penonton. Memang puas rasanya. Aku dapat lihat dari pentas ini, raut wajah keluargaku. Danny dan Kak Dayana juga tidak ketinggalan untuk menghadiahkanku tepukan yang gemuruh. Wajah mama dan papa, tidak dapat pula aku rumuskan. Sama ada mereka senang atau tidak. Yang penting aku telah mencuba. Sekarang aku hanya berserah sahaja. Selepas persembahan, kami bergerak semula ke belakang pentas. Di sana, Sir Muslim sudah pun menunggu dengan senyuman lebarnya dan wajah gembiranya.
Sebaik sahaja kami berdiri di hadapannya, beliau bertepuk tangan. “ Well done guys! Saya berani jamin, kita ada harapan nak menang!” katanya.
“ Apa pulak kita? Kami yang akan menang. Sir tak terbabit pun,” gurauku.
“ Oh, sombong ek. Tadi bukan main pucat sampai dah nak menangis,” balas Sir Muslim.
Adam, Joey dan Sam ketawa. Yang paling kuat adalah Adam. Sebagai hadiah, aku me-nampar kuat belakangnya.
“ Aduh! Sakitlah! Tak ada lesen betul tangan kau ni!” marah Adam sambil tangannya mengosok belakang badannya yang terasa pijar mungkin.
“ Kau pun! Gelakkan orang nombor satu!” marahku semula.
“ Alah, dah malu nak pukul orang pulak!” Adam membalas.
“ Bila masa aku cakap aku malu? Aku memang saja nak pukul kau.”
“ Sudahlah dia orang berdua ni. Nak bergaduh pulak!” tempik Sam. Serta-merta aku dan Adam terdiam. Joey dan Sir Muslim juga tercengang memandang Sam.  Sam menjerit? Fuyo! Lain benar rasanya. Biasanya hendak mendengar dia berbisik pun payah.
“ Dah, tak payah nak pandang lama-lama. Jom pergi minum kejap,” sambung Sam. Kami semua tersedar dah serentak menjawab.
“ Jom!”

HAMPIR setengah jam selepas itu, kami memasuki semula dewan untuk sesi penyampaian hadiah. Yang pastinya kami ingin mengetahui siapa yang akan dinobatkan juara dan sekaligus dapat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Muzik Antarabangsa Kuala Lumpur dengan tajaan sepenuhnya. Ruang dewan masih lagi dengan bilangan penonton yang sama. Siapalah yang ingin pulang sebelum mengetahui keputusan pertandingan ini.
Hampir lima belas minit menunggu pentas yang sedang diselenggarakan, ke semua peserta dipanggil untuk ke pentas. Sebagai kumpulan yang terakhir, kami duduk di bahagian hujung pentas. Sebelum keputusan di umumkan, pengurus Sekolah Muzik Antarabangsa Kuala Lumpur iaitu Encik Zulkornain dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata. Penonton bertepuk tangan mengiringi Encik Zulkornain hingga ke atas pentas.
“ Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua hadirin. Pertama sekali, saya mengucapkan rasa syukur kepada-Nya atas keizinannya yang melancarkan acara kita pada hari ini dengan gemilangnya. Seterusnya kepada para peserta yang cukup hebat belaka yang telahpun mempersembahkan persembahan yang cukup hebat. Selamat maju jaya kepada kamu semua hendaknya. Saya akui, kamu semua ini memiliki bakat yang besar.
Pada pengamatan saya, anak-anak muda yang begitu cinta akan muzik ini tidak sepatutnya dipandang serong atau disekat minatnya. Mereka inilah generasi baru kepada industri muzik tanah air. Tidak mustahil juga ada di antara mereka ini menjadikan minat mereka ini sebahagian dari hidup mereka. Bahkan, mungkin ada yang ingin bergelar lagenda anak seni persis Tan Sri P. Ramlee dan Sudirman Haji Arshad yang begitu disanjung pada hari ini. Melalui pembelajaran di Sekolah Muzik ini, saya akan menyokong anak-anak muda yang berbakat ini untuk terus maju dalam kerjaya seni pilihan mereka. Jadi, saya harapkan anak-anak muda ini tidak menguburkan impian mereka begitu sahaja. Akhir kata dari saya, selamat maju jaya kepada generasi baru pencinta muzik.”
Itulah kata-kata Encik Zulkornain yang cukup aku kagumi. Beliau adalah seorang yang amat meminanti muzik pada suatu masa dahulu sehinggakan bercita-cita untuk memiliki sekolah muziknya sendiri. berkat usahanya, impian yang setinggi gunung itu akhirnya menjadi kenyataan juga.
Seterusnya, lampu dewan dimalapkan bagi mewujudkan suasana saspen. Aku dan Sam berpegangan tangan menahan debaran di hati. Peluang untuk memasuki sekolah muzik kini sudah terbantang di depan mata. Hanya menunggu pintunya dibuka sahaja.
Pemenang tempat ketiga dan tujuh saguhati sudahpun diumumkan. Sekarang hanya tinggal kumpulan kami, The Climb dan kumpulan Anemies sahaja. Dimanakah di antara kami berdua yang akan dinobatkan sebagai juara. Pengerusi majlis pula pandai memainkan perananya untuk mendebar-debarkan kami. Aduh, rasanya jantungku sudah mahu tercabut kerana terlalu kuat bergegar.
“ Dan pemenang bagi pertandingan muzik bagi tahun ini adalah…” suara pengerusi kedengaran lagi. Genggaman tangan Sam aku eratkan lagi. Bila-bila masa sahaja nama pemenang akan diumumkan dan pemenangnya adalah…
“ Kumpulan Anemies!!!”
Serentak dengan itu, jantungku bagaikan berhenti di tengah keriuhan suasana orang yang sedang menyambut juara pertandingan. Genggaman tangan Sam mulai longgar. Aku masih lagi tenggelam dalam duniaku sendiri. hinggalah aku terdengar,
“ Secara tidak langsung, kumpulan The Climb berjaya mendapat tempat kedua. Tahniah diucapkan!”
Aku ditarik oleh Sam untuk mengambil hadiah kami yang berupakan wang tunai lima ratus ringgit malaysia dan juga sebuah piala. Aku masih lagi cuba untuk tersenyum ketika peserta yang lainnya datang mengucapkan tahniah kepadaku.
“ Sabarlah, lain kali kita cuba lagi.” Adam membisikkan kata-kata semangat kepadaku.
Serta merta aku teringatkan sesuatu. Lantas pengerusi majlis yang masih kagi setia berdiri di atas pentas aku dekati. Setelah memberitahu kepada penerusi majlis tersebut, aku memanggil pula teman-temanku yang lain.

“ Assalamualaikum semua, minta maaf kami menganggu. Saya mewakili kumpulan saya nak ucapkan tahniah kepada Anemies atas kemenangan dia orang. Saya dengan kawan-kawan saya yang lain cuma nak sampaikan lagu ciptaan kami. Terimalah, Kanvas.”
Sejurus selepas aku menghabiskan kata-kataku, gitar kapok diriba aku petik bersama-sama dengan Adam sebelum aku mengalunkan liriknya.


Impian dan mimpi aku lakarkan di kanvas putih,
Sendirian merenung warnanya yang pelbagai,
Selaju tanganku mencoretnya,
Tak seiring dengan kaki yang melangkah.
Aku bukan manusia yang sempurna,
Hidupku ada pilihan,
Diri tak mampu berjalan andai tanpa kaki,
Impian tidak kesampaian andai ada halangan.
Berikan aku waktu dan ruang,
Biarlah kanvas itu menjadi milikku,
Biarlah tangan ini menjadi pelukisnya,
Biarlah hati ini tahu maknanya.
Aku berdiri di sini,
Tidak lagi mengharapkan kanvas,
Untuk menceritakan semuanya,
Izinkan suaraku untuk menyatakan semua,
Izinkan suaraku untuk menyatakan semua…
 Lagu yang dimainkan secara akustik itu aku nyanyikan dengan sepenuh rasa. Tujuanku bukankah untuk menagih simpati atau menarik perhatian juri. Aku hanya ingin sampaikan kepada mereka semua, betapa aku dan rakanku yang lain menginginkan semua ini. Dengan jatuhnya peluang ke tangan orang lain, kami mungkin tidak boleh untuk meregutnya kembali. Mungkin coretan usaha yang selama ini kami tulis, sudah sampai masa untuk kami menoktahkannya. Aku bangun dari kerusi yang ku duduki tadi dan berura-ura untuk bergerak ke belakang pentas. Sebelum aku menoleh sebaik sahaja aku terdengar namaku dipanggil. Aku berpaling kebelakang dan dapat ku lihat, mama dan papa sedang merenungku.
Aku melemparkan senyuman hambar. Pastinya mereka senang kerana aku kalah. Aku akan mengikut jejak langkah mereka. Secara tiba-tiba Sam datang dan memeluk bahuku seolah-olah cuba menenangkan. Sam memang sahabat yang baik.
“ Dian…” panggil mama. Selangkah demi selangkah beliau mampir ke arahku. Aku hanya keras di tempat asal ku tanpa bergerak walaupun sedikit. Alangkah terkejutnya aku apabila wanita yang melahirkanku itu tiba-tiba memelukku dengan erat sekali.
Aku terdiam bercampur hairan ditambah pelik. Rasanya banyak pula tanda soal yang timbul di atas kepalaku.
“ Erm, mama. Kenapa ni?” akhirnya aku menanya.
Mama melepaskan pelukannya. “ Mama minta maaf. Mama dah seksa anak mama. Mama dah buat anak mama sedih, sampaikan Dian tak boleh nak menang competition ni. Mama tahu Dian sedih. Mama minta maaf.”
Aku terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut mama. “ Tak apalah ma, bukan rezeki kita orang nak menang. Nak buat macam mana. Kalau ada lagi tahun depan, kita orang cubalah lagi. Kalau mama dengan papa izinkan. Agaknya kita orang tak menang sebab tak ada restu mak ayah kot.”
“ Tahun depan,Dian dengan kawan-kawan tak payah masuk dah pertandingan ni,” ujar mama tiba-tiba.
Bertambah terkejut aku jadinya, “ Kenapa?”
“ Sebab mama dan papa dah setuju nak hantar Dian dengan kawan-kawan masuk International School tu. Setuju?” beritahu mama sambil tersenyum lebar.
“ Hah! Biar betul ma? Serius??” tanyaku tidak percaya. Teruja pun ada sebenarnya.
Mama mengangguk. Aku pandang pula muka papa. Seperti mama, beliau juga turut tersenyum dan mengangguk. Sekaligus, kedua-dua mereka ku rangkul dalam pelukan dengan hati yang berbunga ria.



Thursday, 2 August 2012

Coming Soon...

* The Climb (sixth episode)
lama sangat ambil masa nak siapkan ending cerita ni. Tapi, INSYALLAH hasilnya memuaskan. Biar lambat asal best!

* Bintang Fazrin

bila seorang pesakit bertemu dengan seorang mat rempit di saat hujung-hujung nyawanya. 
Perkenalan yang singkat tidak menghalang persahabatan dan pengorbanan yang ingin dilakukan.
Demi sebuah BINTANG Fazrin. 

* Kau  tetap Kau


" Kau ni memang menyakitkan hati. Dahlah lembut, padanlah mulut tu macam perempuan!" Elyana.
" Eh, manusia dua alam. Kau pun samalah,dah tak ada rupa perempuan langsung! " Faizal.
Bila mereka ingin bekerjasama mendapatkan pasangan mereka kembali. Tanpa disedari mereka ditakdirkan jatuh ke jalan yang benar. Dalam rahmat Allah ada Cinta.

* I'm sorry sayang!


Benarlah kata orang, cinta tu memang degil. Lain orang yang dibagi, lain orang yang dapat. Sedegil-degil cinta pun, ia jatuh ke hati yang benar. Tiada siapa dapat tahu kuasa hati yang satu itu. 



Makin lama makin bertambah koleksi cerpen. Sekadar meluangkan masa lapang dan mengasah bakat sahaja. 
yang benar:
nadhiey

Monday, 16 July 2012

The Climb ( fifth episode)



KEESOKKAN hari, aku, Adam dan Joey berkongsi raut wajah yang sama. Keruh, tidak bermaya dan lesu. Nampaknya Sam yang harus bertindak sebagai penyelidik hari ini. 
“ Apa kena dengan kau orang semua ni? Macam tengah patah hati je?” tanya Sam ketika kami berada di luar makmal sains kerana menunggu kedatangan Cikgu Noraida. Ketika itu kami berempat sedang bersila di sebelah longkang kecil yang kering.
Tanpa suara Adam mengeluarkan sepucuk sampul surat putih dari dalam buku nota sainsnya dan menghulurkan kepada Sam. Dengan muka yang tertanya-tanya Sam mengambil sampul surat itu lalu dibuka dan dibacanya.
‘ Adam, mummy percaya kamu mampu jaga diri kamu sendiri. Mummy dengan Daddy rasa kamu dah boleh hidup tanpa kami berdua. Buatlah apa yang terbaik untuk diri kamu.’
Salam, mummy dan daddy.’
Itulah  isi kandungan yang tercatat di kertas putih itu. Di dalam sampul surat itu juga terdapat kad atm yang ditinggalkan untuk Adam.
“ Kau Joey?” tanya Sam. Kami semua memandang Joey pula.  
“ Sebelum Subuh lagi dia orang dah pergi kerja. Aku tak sempat nak cakap apa-apa pun lagi. Dan.. duit belanja aku pun dia orang tak sediakan.” Pendek sahaja cerita Joey.
“ Kesian kau Adam, Joey. Mak ayah aku pulak, langsung tak bercakap dengan aku. Senang cerita, aku ni macam patung bernyawalah dekat rumah tu. Entahlah…” keluhku.
Serentak,kami semua mengeluh. “ Tak!”  suaraku yang terkuat tu memeranjatkan semua.
“ Apa yang tak?” tanya Adam hairan.
“ Kita tak boleh macam ni. Sekarang ni, kita ibaratkan tengah bermain tarik tali dengan dia orang. Kalau kita ikutkan cara dia orang kita akan kalah. Maknanya, kita kena lawan,” usulku.
“ Lawan? Macam mana? Mogok jugak?” tanya Joey dengan dahi yang berkerut hebat.
“ Kalau kita mogok jugak, dua tahun pun masalah ni tak selesai. Kita kena buktikan pada dia orang yang kita boleh,” balasku dengan semangatnya.
“ Boleh? Boleh apa?” Sam pula menyoal. Mungkin tertanya-tanya tentang usulku.
“ Kita kena buktikan yang kita dah pun pilih jalan yang betul. Macam yang Sir Muslim cakap, kita sepatutnya tojolkan bakat yang kita ada. Kita kena tunjukkan pada mereka kebolehan kita, supaya mereka percayakan kita. Kalau kita lembik macam ni, dia orang pun tak yakin pada kita. Satu cara yang terakhir, pertandingan ni penentunya. Kita tunjukkan yang The Climb patut diberi peluang. Faham?” tanyaku selepas bercakap panjang lebar.
“ Setuju!” jawab mereka bertiga. Hisy, aku tanya faham ke tidak lain pulak yang dijawabnya. Bermakna perjuangan kami belum sampai ke jalan mati lagi. Masih ada lagi lorong harapan yang terbentang luas di hadapan dan kami akan laluinya. Demi The Climb!

The Climb ( fourth episode)



SUDAH dua minggu, kami semua meneruskan latihan kami di Aman’s Jamming Studio yang terletak di pinggir bandar. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Selepas kami memainkan lagu Check Yes Juliet yang berirama agak keras, kami semua berhenti berehat dahulu. Sepanjang lagu itu disampaikan oleh kami, aku mengangkat tangan memberi tabik kepada Sam. Rupanya gadis cina yang pendiam ini mempunyai bakat yang sangat hebat dan memang tidak boleh disangkal lagi kehandalannya memain drum. Walaupun badanya kecik, tenaganya setanding lelaki.
Hari ini, entah kenapa aku begitu teruja untuk mendengar Sam mengalunkan lagu. Aku pasti, suaranya pasti lebih sedap dan layak untuk menjadi vokalis. Memandangkan dia lebih berminat untuk bermain drum, pastinya dia tidak dapat untuk menjadi vokalis.
“ Sam,” panggilku ketika Sam sedang memusing-musingkan kayu drum sambil membaca not lagu.
Dia mendongak dan mengangkat kening. Isyarat kepada soalan ‘ kenapa?’
“ Jom duet,” ajakku. Seperti yang kuduga, Sam akan terkejut dan cepat-cepat mengeleng. Pucat pula raut wajahnya.
“ Ala Sam, bukannya ada siapa-siapa pun dekat sini. Adam dengan Joey je. Macam tak biasa. Bolehlah. Sekali aje. The first and the last time,” pujukku dengan suara yang dilembutkan.
Sam memuncungkan bibirnya. Seperti selalu, alasan yang Sam akan gunakan ialah, “ Siapa nak main drum?”  Jadi, sebelum Sam membuka mulut, aku pantas mencantas.
“ Adam akan main drum. Cepatlah. Jangan nak bagi alasan lagi,” gesaku.
Melihat Sam yang tidak mahu bangun itu, aku bertindak menghampirinya dan menarik tangannya bergerak menghammpiri mikrofon.
“ Adam and Joey, cepat. Do your work,” arahku sesuka hati. Kedua-dua anak muda itu hanya mengangkat bahu. Adam menyerahkan gitar yang digalasnya kepadaku sementara dia berjalan bergerak ke arah set drum.
“ Dian, lagu apa?” tanya Joey.
“ Just follow my note. Alah, nanti korang tahulah,” jawabku. Aku mengerling sekilas ke arah Sam.
“ Tunjukkan aku siapa diri kau yang sebenar Sam.” Sempat aku berbisik kepadanya.
Not-not lagu This Is Me dari Demi Lovato yang sedari dulu aku hafal aku mainkan semula. Lagu yang aku rasakan begitu sesuai dengan diri Sam. Dengan cekapnya juga, Adam dan Joey dapat menangkap lagu yang aku mainkan. Seiring dengan kord Am F C dan G, Sam mengalunkan baris yang pertama.
Betul telahanku, Sam begitu bersemangat mendendangkan lagu itu. Jelas kelihatan raut kepuasan di wajahnya. Seolah-olah dia baru sahaja melepaskan rasa hatinya.
Aku, Joey dan Adam bertepuk tangan sebagai rasa bangga atas keberanian Sam. Sam juga turut mengukirkan senyuman puas. Selepas itu, tidak semena-mena kami menangkap bunyi tepukan dari luar studio. Serentak, kami berpaling ke arah pintu studio. Kelihatan seorang wanita awal 40-an sedang berjalan ke arah kami. Melihat mata wanita itu yang sepet dan iras-iras Sam, terus aku dapat mengagak wanita itu adalah ibu Sam.
Sam kelihatan takut-takut untuk menghampiri wanita yang berpakaian mewah itu. Sama ada di leher atau di lengan, kedua-duanya sarat dengan rantai emas. Aku, Adama dan Joey memandang antara satu sama lain sambil mengangkat bahu. Rasanya kami semua tidak dapat meneka apa yang akan terjadi antara Sam dan ibunya. Tidak lama selepas itu kami semua mengeleng kepala apabila mereka mula bercakap dengan menggunakan bahasa mereka. Aduh, makin susah untuk kami memahaminya. Sudahnya kami mengambil tempat duduk sambil menongkat dagu melihat perbincangan dua beranak itu.
Hampir sepuluh minit juga kami menunggu ibu Sam untuk beredar. Setelah penantian itu berakhir, kami didatangi oleh Sam dengan senyum lebarnya. Walaupun Sam sedang tersenyum, kami semua masih tertanya-tanya. Tembok kesepian yang tercipta itu aku pecahkan dengan bertanyakan soalan kepada Sam.
“ Kenapa mak kau datang sini? Dan kenapa juga kau senyum sampai ke telinga ni? You make me wonderlah.”
“ Korang percaya tak yang my mom akan tanggung semua kos perbelanjaan kita untuk competition tu nanti?” beritahu Sam dengan terujanya.
Hampir terkeluar biji mata kami bertiga apabila mendengarnya. Satu khabar berita yang gembira dan pelik bagiku. Bukankah dahulu ibu Sam juga turut menghalang kami daripada menyertai pertandingan ini. Tup-tup hari ini dia pula yang ingin menjadi penaja utama. Memang menghairankan. Benakku mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Mungkin ini andalah rancangan mereka untuk menghentikan kami. Ataupun mereka sedang mengumpan kami.
“ Hoi!!” sergahan suara garau tepat disebelah telingaku merencatkan lamunanku. aku mula kembali ke alam nyata. Adam, Joey dan Sam semuanya begitu ceria dengan perkhabaran yang baru disampaikan oleh Sam kurang lima minit yang lalu.
“ My mom cakap, ada bagusnya juga aku join kau orang dalam pertandingan tu. Aku sekarang dah dapat banyak kawan. Aku bukan lagi Sam yang silent. Sekurang-kurangnya aku dah ada dunia yang baru dan dia akan sokong apa yang aku buat.” Sam bercerita tanpa disuruh.
“ Baguslah kalau macam tu. Mak kau dah terbuka hati nak terima keputusan aku. Tapi aku, Adam dengan Dian belum tentu lagi,” keluh Joey hampa.
“ Jangan bimbang, mak aku janji akan tolong pujuk dia orang semua. Korang nak tahu tak siapa yang pujuk mak aku?” tanya Sam.
Adam mendongak. “ Siapa?”
Sam tersenyum lebar. “  Sir Muslim. Dia yang datang jumpa mak aku dan cakap pasal prestasi kita. Sir cakap kita ada bakat yang tak sepatutnya dipendam. Apa lagi yang Sir Mus cakap aku tak ingat la pula. Esok kita pergi tanya dia.”
Tiba-tiba Adam dan Joey bertepuk tangan. “ Wah!! Sir Muslim memang terbaiklah. Tak sia-sia kita ikut cakap dia hari tu kan Dian? Dian? Hoi, apa yang kau menungkan tu? orang tengah seronok-seronok ni?” sergah Adam buat sekian kalinya.
“ Kau ni memang tak ada lesenlah. Cuba panggil elok-elok sikit!” marahku.
“ Ek eleh dia ni, emo pulak. Apa yang fikirkan ni? Macam ayam tengah berak kapur aje aku tengok muka kau ni?? Soal Adam prihatin. Suasana yang ceria tadi kembali hambar apabila kesemuanya sedang memandangku. Terasa bersalah pula kerana menghancurkan mood mereka.
“ Entahlah, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pulak. Rasa macam…”
“ Eh, budak-budak! Abang nak mintak tolong sikit.” Belum sempat dialogku habis, suara abang Man pula yang masuk ke pendengaran kami. Semuanya mengalihkan perhatian kepada abang Man yang sedang berjalan menghampiri.
“ Ada apa abang Man? Kelam-kabut semacam aje ni?” tanya Joey.
“ Abang nak minta tolong korang bawak balik gitar ni. Stor dah penuh, malam nanti ada orang nak guna bilik ni,” beritahu abang Man.
Kami semua terkejut. “ Er, boleh ke abang Man?” tanyaku ragu-ragu. Aku takut gitar ini akan dihancurkan oleh papaku kelak.
“ Alah, abang percayakan korang semua. Satu malam aje. Kalau kau orang sanggup, esok kau orang sewa bilik ni free. Okeh?” Abang Man cuba berunding.
Joey, aku dan Adam agak ragu-ragu. Sam bolehlah tersenyum, dia tidak perlu angkut drumnya untuk dibawa balik ke rumah.
“ Sam, simpan kat rumah kau ajelah. Mak bapak kau dah tak kisah,” cadang Joey. Lantas aku dan Adam mengangguk setuju.
“ Aku tak berani, aku ada adik kecik dekat rumah. Lagipun aku tak tahu nak jaga gitar. Nanti rosak lagi susah,” tolak Sam dengan gusarnya.
“ Kita tak ada pilihan. Okeylah abang Man. Tapi esok kita orang tak payah bayar sewakan?” tanyaku sekaligus memberikan persetujuan.
Joey dan Adam menurut. Abang Man tersenyum. Pastinya lega apabila masalahnya selesai.


SAMBIL menggalas beg gitar yang besar, perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam rumah.  Sunyi. Itulah yang dapat aku gambarkan tentang keadaan rumahku sekarang. Tanpa menoleh kiri kanan, aku cepat berjalan menuju ke tangga. Ingin menyembunyikan gitar ini daripada penglihatan kedua orang tuaku. Kata orang, sarang tebuan jangan dijolok!!
“ Baru balik Dian? Kenapa lambat?”
Aduh!! Rasanya itu suara mamaku. Alamak, hatiku mula berdetup selaju 120km/j. aku cuba menenangkan diri sebelum perlahan-lahan berpaling memandang pemilik suara. Ya, tekaanku benar. Dihadapanku kini, seorang ibu yang sedang tegak dengan raut wajah bagaikan seorang guru disiplin.
“ Ye. Tadi mak Sam lambat datang. Sebab tu Dian cepat-cepat nak naik atas, Dian belum solat asar lagi.” Satu alasan tercipta untuk menyelamatkan diri. Tercatat satu dosa.
“ Hm… Dah, pergi naik cepat sembahyang,” balas mama hambar dan terus berlalu pergi. Hampir bertaut keningku melihat sikap mama yang agak pelik pada pandanganku. Dia tak nampak ke beg gitar yang besar gedabak kat belakang aku ni? Ke mama tak tahu yang ni beg gitar? Banyak pula soalan yang berlegar-legar difikiran. Akhirnya aku angkat bahu dan menyambung langkah mendaki tangga. Kewajipan harus ditunaikan.
Di meja makan, aku bagaikan patung yang bernyawa.  Setiap patah perkataan  yang keluar dari mulutku langsung tidak mendapat tindak balas dari papa dan mama. Mereka sibuk melayan Kak Dayana dan Danny. Aku mula mengesyak sesuatu. Di dalam bilik ketika aku sibuk memtik gitar, papa sendiri memanggilku makan. Seperti mama, papa juga tidak menegur soal gitar yang berada di dalam bilik. Mungkinkah mereka sedang mogok kerana aku berkeras ingin menyertai pertandingan itu. Perasaan bersalah mula menghurung dada.